Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dewan Rakyat perkenal sistem jadual ikut kementerian

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming hari ini berkata parlimen memperkenalkan sistem jadual mengikut kementerian bagi membantu kehadiran menteri.

Katanya, ia dilaksanakan dengan menetapkan hari tertentu bagi kementerian tertentu agar wakil tidak perlu sentiasa hadir kesemua sesi dan boleh menumpukan pada tugas kerajaan.

"Kita (Dewan Rakyat) melaksanakan satu lagi pembaharuan parlimen pagi ini. Hari ini, kita menetapkan tujuh hingga lapan kementerian. Apabila dilaksanakan sepenuhnya, kita tak perlu semua menteri hadir dalam persidangan parlimen.

"Mereka cuma perlu hadir hari tertentu. Sebagai contoh, jika hari Isnin ditetapkan untuk Kementerian Kewangan, maka (Menteri Kewangan) Lim Guan Eng perlu hadir.

"Tapi beliau tak perlu hadir untuk hari lain. Beliau boleh menumpukan kepada tugas kementerian dan berkhidmat untuk rakyat," katanya.

Menurut sistem penjadualan baru itu, setiap hari akan diperuntukkan untuk lapan hingga sembilan kementerian.

"Ini merupakan penambahbaikan dari segi pengurusan masa dan sebahagian daripada reformasi parlimen," katanya.

Jelas Nga, sistem jadual itu dikhaskan untuk kementerian menjawab soalan yang dibangkitkan di Dewan rakyat.

Bagaimanapun, katanya, kehadiran untuk pengundian penting masih perlu, termasuklah bagi pengundian pindaan terhadap perlembagaan persekutuan yang memerlukan dua per tiga majoriti.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS