Malaysiakini
BERITA

Cabar timbalan speaker, Tajuddin kena gantung

Kow Gah Chie

Diterbitkan
Dikemaskini 3 Jul 2019, 5:10 pagi

PARLIMEN l Dewan Rakyat hari ini menggantung Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) selama empat hari selepas pemimpin Umno itu berulang kali engkar terhadap arahan timbalan speaker Nga Kor Ming.

Pertengkaran mereka tercetus semasa sesi soal jawab ketika Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sim Tze Tzin (PKR- Bayan Baryu) menjawab soalan Tajuddin.

"Menteri (Salahuddin Ayub) ada di sini untuk menjawab soalan nombor dua tetapi meninggalkan satu soalan sebelum saya," kata Tajuddin.

"Pasir Salak (Tajuddin) ingin rekod di sini, kekesalan saya menteri pertaninan (Salahuddin Ayub) yang ada di sini jawab soalan dua, tunggu sampai hanya untuk satu lagi soalan.

"Ini tidak menghormati, tidak menghormati rakyat," kata Tajuddin.

Nga, yang mempengerusikan sesi Dewan Rakyat pagi ini, membuat keputusan tidak membenarkan Tajuddin untuk mengajukan soalan lisan tambahan selepas ahli parlimen BN itu terus tidak berpuas hati.

"Saya beri kamu tiga peluang (untuk tanya soalan) dan kamu degil," katanya dan kemudian mengarahkan bentara parlimen untuk mengiringi Tajuddin meninggalkan dewan.

Bagaimanapun, Tajuddin enggan untuk berganjak dan terus mengkritik wakil rakyat kerajaan dan Nga.

Nga kemudian menukar keputusannya dan menggantung Tajuddin dari dua hari ke empat hari, atas alasan pemimpin Umno itu berkelakuan tidak sopan.

"Pasir Salak (MP) sekali lagi menolak arahan (saya), saya menggantungkan selama empat hari," kata Nga.

"Kesemua rakyat Malaysia boleh melihat sekarang bagaimana Pasir Salak (Tajuddin) berkelakuan buruk," katanya.

Beberapa ahli parlimen pembangkang cuba mempertahanan Tajuddin dan berkata bahawa Nga tidak konsisten dalam keputusannya.

"Keputusan saya adalah konsisten. Menurut Klausa 44 (2) Perintah Tetap, apabila seorang anggota parlimen berkelakuan tidak sopan, (saya boleh gantungnya)," kata Nga.

"Apa yang tidak senonoh? Saya hanya menegur menteri, Apa yang tidak baik? Saya mempunyai rakyat saya di sana, Saya tidak memerlukan sokongan kamu," kata Tajuddin.

Pada satu ketika, Tajuddin menuduh ahli parlimen kerajaan "bercakap seperti komunis" dalam kekecoahan menjerit antara kedua-dua belah pihak dan menuduh Nga sebagai orang yang sombong dan hipokrit.

Kejadian tercetus kira-kira 20 minit.

[Baca berita penuh]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.