Najib Razak berkata kerajaan berhak menuntut cukai padanya, walaupun beranggapan perkara itu “tidak masuk akal”.

“Nak tuntut dan denda cukai melalui saman mahkamah memang hak mereka walaupun kes langsung tak masuk akal.

“Apa yang kita boleh buat?

"Kita hanya boleh mengupah peguam lagi dan menghabiskan masa bertahun-tahun untuk melawan dan menang di mahkamah,” katanya di Facebook.

Theedgemarkets.com semalam melaporkan Najib dituntut membayar cukai tambahan ditaksirkan berjumlah RM1.69 bilion membabitkan tempoh 2011 hingga 2017.

Tuntutan itu dibuat LHDN selepas bekas perdana menteri itu didakwa gagal memberikan jawapan kepada pertanyaan awal mengenai taksiran cukai tambahan pada Mac lalu.

Malaysiakini tidak dapat mengesahkan kesahihan laporan berkenaan.