Kenaikan tarif: TNB akan kemukan cadangan baru
Terjemahan Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan mengemukakan cadangan baru kenaikan tarif eletrik tidak lama lagi.
Jurucakap syarikat tenaga negara itu menyatakan, kenaikan tarif tidak dapat dielakkan berikutan kenaikan kos bahan mentah seperti minyak, arang batu dan kuperam.
Terjemahan Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan mengemukakan cadangan baru kenaikan tarif eletrik tidak lama lagi.
Jurucakap syarikat tenaga negara itu menyatakan, kenaikan tarif tidak dapat dielakkan berikutan kenaikan kos bahan mentah seperti minyak, arang batu dan kuperam.
" Bgaimanpun dalam meminta kenaikan tarfif itu TNB bersetuju dengan pendirian kerajaan bahawa golongan berpendapatan rendah tidak dibebankan," kata Ketua Perhubungan Media TNB, Sidek Kamiso kepada malaysiakini.
Sabtu lalu kerajaan menolak cadangan tarif baru eletrik yang dikemukan oleh TNB. Menurut Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik, TNB meminta kenaikan tarif sebanyak 10 peratus.
Dalam kertas cadanagannya TNB mencadangkan penggunaan yang tidka melebihi 100 jam kilowatt dikecualikan dari kadar baru. Bagaimanapun kerajaan mahukan jumlah penggunaan yang dikecualikan itu dinaikkan kepada 200 jam kilowatt.
Menurut Sidek, kenaikan kadar eletrik ini tidak boleh dielakkan kerana kos bahn-0bahan mentah telah naik begitu banyak sejak kebelakangan ini.
TNB yang mempunyai hutang lebih RM30 bilion telah tidak menaikkan kadar tarifnya sejak bberapa tahun lalu. Kali terakhir tarif eletrik dikaji semula ialah pada 1997, apabila dinaikkan sebanyak 8.3 peratus.
Kerajaan menolak permintan kenaikan tarif oleh TNB itu bagi meredakan kemarahan rakyat berikutan kenaikan harga bhan petroleum sebanyak 20 peratus awal bulan ini.
Pada 28 Februari lalu harga petro dan diesel 30 sen seliter manakala gas memasak juga dinaikan 30 sen sekilogram. Berita asal

