Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kumpulan 'tazkirah atas kubur' tuntut dialog dengan Mujahid, polis
Diterbitkan:  Jul 8, 2019 12:00 PM
Dikemaskini: 4:00 AM

Setelah kegiatan mereka dipertikai, kumpulan antikhalwat Kedah, Skuad Badar menuntut dialog dengan polis dan menteri agama Mujahid Yusof.

Pengerusinya, Azhar Mohamad berkata mereka hanya mahu membantu jabatan agama Islam menangani masalah sosial.

“Tidak akan ada percanggahan kalau kita ada sesi dialog. Mujahid Yusof Rawa kena panggil badan-badan sukarela berdialog, bagi garis panduan dan had (kuasa) kepada kami.

“Itu lebih baik. Perkara akan menjadi rumit jika kita tidak bermuzakarah. Saya bersedia bersemuka dengan Mujahid,” beliau dipetik sebagai berkata oleh The Malaysian Insight.

Mujahid pada Sabtu yang berkata pertindihan fungsi antara pihak berkuasa agama dan kumpulan persendirian akan menimbulkan kekacauan.

Ketua Polis Negara Mazlan Mansor berkata kumpulan terbabit bukan badan penguat kuasa agama yang sah dan tidak berkuasa menjalankan tindakan penguatkuasaan.

Minggu lalu, Skuad Badar, yang terkenal dengan tazkirah atas kubur kepada pasangan dituduh berkhalwat, mengumumkan untuk meluaskan operasi.

Lihat Komen
ADS