Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
TMJ, isteri timang putera kedua
Diterbitkan:  Jul 17, 2019 11:56 AM
Dikemaskini: 3:56 AM

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che' Puan Khaleeda Bustamam selamat menyambut kelahiran putera kedua, cahaya mata ketiga pasangan itu hari ini.

Berita gembira itu dikongsikan Tunku Ismail menerusi catatan di laman Facebook rasmi baginda, HRH Crown Prince of Johor kira-kira 2 pagi tadi.

"Alhamdulillah. YM Che Puan Khaleeda telah selamat melahirkan seorang Putera Raja. Allah Peliharakan Sultan," titah Tunku Ismail menerusi catatan berkenaan yang turut disertakan tiga keping gambar di sisi Che' Puan Khaleeda dan anakanda ketiga berkenaan.

Tunku Ismail, 35, yang mendirikan rumah tangga dengan Che' Puan Khaleeda pada 24 Oktober 2014, dikurniakan puteri sulung Tunku Kalsom Aminah Sofiah pada 25 Jun 2016.

Setahun kemudian, pasangan diraja itu dikurniakan seorang putera, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim pada 14 Oktober 2017.

Che' Puan Khaleeda turut menyambut ulang tahun ke-26, semalam.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS