Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Gangguan seksual: Perunding psikiatri rawat mangsa rogol disiasat

Seorang perunding psikiatri sebuah hospital swasta di Petaling Jaya disiasat polis selepas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap seorang mangsa rogol yang dirawatnya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata pihaknya belum membuat penahanan terhadap individu berkenaan yang didakwa berkelakuan tidak senonoh dengan menghantar kepada mangsa perbualan serta gambar berbaur lucah menerusi aplikasi WhatsApp.

Wanita itu merupakan mangsa rogol yang sedang mendapatkan rawatan psikiatri kerana trauma yang dialaminya dan mangsa mendakwa diperlakukan sedemikian pada awal Jun lepas.

“Kami telah menerima laporan itu dan sedang melakukan siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana perbuatan mengaibkan kehormatan,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, pihak pengurusan hospital berkenaan telah mengeluarkan kenyataan bahawa perunding psikiatri itu digantung tugas di hospital berkenaan 6 Julai lepas dan perkhidmatannya dengan hospital itu ditamatkan berkuatkuasa 15 Julai.

- Bernama

Lihat Komen
ADS