Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pegawai bank bantu Najib buka akaun dilantik panel KWAP
Diterbitkan:  Jul 17, 2019 5:40 PM
Dikemaskini: 9:40 AM

KES NAJIB | Pegawai bank yang membuka dua akaun bekas perdana menteri Najib Razak dengan AmBank kemudiannya diambil berkhidmat bersama Kumpulan Persaraan Diperbadankan (KWAP) yang meluluskan pinjaman berjumlah RM4 bilion kepada SRC International Sdn Bhd.

Menurut kenyataan saksi yang dibacakan di Mahkamah Tinggu Kuala LUmpur hari ini, Cheah Tek Kuang, 72, berkata beliau hadir pada mesyuarat khas panel KWAP pada 19 Julai 2011 bagi meneliti kertas cadangan oleh jabatan hasil tetap KWAP untuk memberi pinjaman sebanyak RM2 bilion kepada SRC.

"Dalam mesyuarat yang sama, CEO KWAP memberitahu pertemuan itu bahawa perdana menteri Malaysia telah memaklumkan kepada pengerusi KWAP Wan Abdul Aziz untuk mempercepatkan kelulusan pinjaman terhadap SRC dan sejumlah RM2 bilion yang dipinjamkan kepada SRC akan mencukupi," kata Cheah memberi keterangan.

Panel itu meluluskan pinjaman berkenaan sebanyak RM2 bilion dengan syarat pinjaman itu dibuat kepada 1MDB dengan jaminan kerajaan atau KWAP meminjamkan wang itu kepada kerajaan sebagai peminjam.

Cheah memberi keterangan beliau telah menandatangani semua borang jawapan di mana beliau bersetuju dengan pinjaman itu dan membenarkan pengecualian garis panduan KWAP untuk pinjaman itu. Beliau menyerahkan borang pada 22 Ogos 2011.

Pada 15 Februari, Cheah menghadiri satu mesyuarat panel yang meluluskan pemindahan pemilikan SRC daripada 1MDB kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).

Kelulusan KWAP diperlukan kerana ia merupakan syarat dalam perjanjian pinjaman.

Cheah memberi keterangan beliau tidak menghadiri mesyuarat panel pada 2012 yang meluluskan pinjaman RM2 bilion lagi kepada SRC.

"Berdasarkan pengalaman saya sebagai ahli panel pelaburan KWAP, dua pinjaman berasingan yang diberikan kepada SRC berjumlah RM4 bilion adalah salah satu pinjaman terbesar yang pernah dipersetujui dan diluluskan oleh KWAP," katanya.

Cheah masih disenaraikan sebagai ahli panel di laman web KWAP.

Saksi turut memberi keterangan, berkata beliau membantu Najib Razak membuka dua akaun bank dan memohon dua kad kredit dengan AmBank.

Menurut Cheah lagi, Jho Low membawanya masuk dan mengiringinya ke rumah Najib Razak pada Januari 2011.

Cheah berkata dia telah berkenalan dengan Jho Low sebelum bertemu dengan Najib lagi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS