Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Nadir bumi: Tak semestinya ikut negara maju - menteri

Hanya kerana negara maju tidak mempunyai kilang memproses bahan nadir bumi, tidak bermakna Malaysia tidak boleh membinanya, kata kata menteri air, tanah dan sumber.

Dr A Xavier Jayakumar bagaimanapun menegaskan supaya kepentingan alam sekitar dan komuniti diberi perhatian.

“Kita kena bagi peluang kepada industri ini [...] dan kajian dibuat (tentangnya).

“Sebab negara lain tak buat, tak bermakna Malaysia tak boleh buat.

“Kalau kita ada peraturan ketat dan tetap di sini, saya ingat, kemajuan negara ini di tangan kita.

“Kita pastikan ekonomi kita (sendiri), tapi pada masa yang sama kita beri perhatian kepada persekitaran dan komuniti,” katanya di parlimen.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan tambahan oleh Anggota Parlimen Bentong Wong Tack yang mempersoalkan kenapa negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun, Australia dan negara-negara Eropah tidak mempunyai kilang memproses nadir bumi.

Sedangkan, kata Wong Tack, negara-negara ini juga kaya dengan sumber mineral itu.

Lihat Komen
ADS