Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anak kerja dengan Guan Eng - Pembangkang persoal speaker

PARLIMEN | Ketua pembangkang Ismail Sabri Yaakob hari ini membangkitkan kebimbangan mengenai ketelusan speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof kerana hubungan kerja anaknya dengan Menteri Kewangan Lim Guang Eng seperti yang tersebar di media sosial.

“Semalam beredar tentang setiausaha akhbar kepada menteri kewangan yang dikaitkan dengan Yang di-Pertua, kononya anak kepada Yang di-Pertua. 

"Kita tak tahu, tak boleh menjawab untuk membela (speaker) pun. Kita harap dapat penjelasan,” kata Ismail.

Menjawab soalan itu, Ariff menyatakan ia bukanlah satu isu yang beliau “sorokkan”, namum menjamin keputusannya sebagai yang dipertua Dewan Rakyat tidak akan dipengaruhi oleh hubungan kerja anaknya.

“Ini bukan perkara yang saya sorok-sorokkan. Tapi anak saya dah 31 atau 32 dan dia bebas bekerja dengan siapa-siapa saja. 

"Saya rasa ini bukan penting. Yang penting saya bertindak bebas, tak dipengaruhi sesiapa sekali pun.

“Saya tak ambil pusing perkara ini. Ini normal,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Anggota Parlimen Kuala Krau, Ismail Mohamed Said bangkit mempertikaikan kenyataan itu.

“Saya yakin, speaker ialah seorang yang begitu arif tentang undang-undang, sama ada undang-undang peraturan dewan, dan juga “rules of law” melibatkan konflik kepentingan, apatah lagi (untuk) speaker yang merupakan seorang pemutus, pengadil dalam isu yang kita bahaskan," katanya.

MP Umno itu memetik reaksi Ariff ketika meminta Lim menarik balik ungkapan “merompak” yang digunakan anggota parlimen Bagan itu.

“Terdengar di teinga saya speaker meminta Bagan (Lim) menarik balik perkataan tersebut atau respons kepada Bagan. Reaksi yang saya perhatikan, Bagan kata ‘no, no’. Itu jelas.

“Adakah speaker, ketika itu, merasakan dirinya mempunyai konflik kepentingan apabila?” Soalnya, sebelum suaranya tidak kedengaran akibat diganggu kebisingan beberapa perwakilan kerajaan yang tidak berpuas hati dengan ucapannya.

Ketika menyambung ucapan, anggota parlimen Kurau berkata beliau merasakan adalah lebih baik sekiranya perbahasan usul melibatkan Lim, maka sidang Dewan Rakyat perlu dipengerusikan oleh dua lagi speaker yang lain.

“Saya yakin speaker mempunyai bona fide - niat yang suci- untuk membiarkan rakan yang dua lagi untuk kendalikan kes supaya laporan PAC, kes mengenai (MP) Bagan ini dapat kita pertimbangkan sehalus-halusnya bagi menjaga kemuliaan dewan dan menjamin spekulasi [...] kepada spekaer tidak akan berterusan,” katanya lagi.

Ariff kemudiannya menjelaskan beliau bersetuju atas apa yang disuarakan.

Jelas Ariff lagi, sememangnya beliau tidak akan mempengerusikan sidang yang akan melibatkan semakan terhadap keputusannya sendiri. 

Lihat Komen
ADS