Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hakim tolak permohonan tangguh bicara kes 1MDB Najib

Permohonan untuk menangguhkan perbicaraan kes 1MDB membabitkan Najib Razak ditolak sekali lagi di mahkamah hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Collin Lawrence Sequerah, menolak permohonan dikemukakan pasukan pendakwaan kira-kira seminggu lalu.

Menurut Sequerah, beliau mendapati alasan dikemukakan dalam permohonan tersebut tidak mencukupi bagi menangguhkan perbicaraan tersebut.

"Saya tidak mendapati ada alasan untuk menangguhkan perbicaraan ini munasabah. Justeru notis permohonan tersebut ditolak," katanya.

Menurut Sequerah tarikh perbicaraan Najib yang ditetapkan sebelum ini masih terpakai.

Dengan penghakiman tersebut bermakna, Najib akan mula dibicarakan bagi kes membabitkan 1MDB pada 19 Ogos ini.

Ada kemungkinan besar perbicaraan berkenaan berjalan serentak dengan tuduhan beliau melakukan pecah amanah dan salah guna kuasa dalam kes SRC International Sdn Bhd sekarang.

Permohonan menangguhkan perbicaraan di depan Sequerah dibuat Timbalan Pendakwa Raya Budiman Lutfi Mohamed pada 10 Julai lalu.

Ia berlaku dua hari selepas hakim sama menolak permohonan lisan dibuat pasukan pendakwaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS