Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Piagam Umno-PAS tangguh bukan kerana masalah dalaman

Umno dan PAS menangguhkan proses memuktamadkan piagam kerjasama dua parti pembangkang itu bukan disebabkan oleh masalah dalaman.

Menurut sumber Umno, piagam yang dirangka parti itu kini dalam proses akhir dan hanya menunggu pemeterian tanda tangan presiden kedua-dua parti.

Jelasnya, jawatankuasa bagi kedua-dua parti itu dijangka akan bermesyuarat minggu depan bagi menyemak buat kali terakhir piagam berkenaan sebelum dimuktamadkan.

"Tiada masalah dalaman, sepatutnya mesyurat berlangsung beberapa hari lalu, tetapi ditangguhkan kerana mahu memberi fokus pada Parlimen.

"Semuanya sudah siap, kini berada di fasa akhir, mereka akan bermesyuarat sekali lagi untuk memuktamadkan piagam berkenaan.

"Selepas itu ia akan ditandatangani oleh kedua-dua presiden parti," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Kelmarin Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan memaklumkan piagam bersama PAS dan Umno belum dapat dimuktamadkan.

Takiyuddin berkata, kelewatan memuktamadkan piagam itu disebabkan kedua-dua parti terpaksa menangguhkan mesyuarat mereka beberapa kali.

"Kita belum muktamadkan piagam antara PAS dan Umno.

“Sepatutnya kedua-dua parti mesyuarat malam ini tapi tertangguh lagi sebab ada pengundian pindaan pelembagaan sampai malam, kita tangguh dahulu,” kata Takiyuddin kepada pemberita di lobi Parlimen.

Dalam pada itu sumber berkata, penangguhan memuktamadkan perkara tersebut merupakan perkara biasa dan yakin akan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.

"Presiden kedua-dua parti dijangka akan menandatanganinya bulan ini dan bakal diumumkan kepada orang ramai paling lewat Ogos nanti," katanya.

Lihat Komen
ADS