Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
SPRM: Kes rasuah bebaskan imigran bukan kes terpencil

Kes melibatkan hakim Mahkamah Sesyen Selangor, timbalan pendakwa raya (DPP) dan peguam yang ditangkap atas dakwaan rasuah yang berkaitan dengan pembebasan imigran yang tidak mempunyai dokumen bukan merupakan kes terpencil, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya.

"Ia melibatkan keseluruhan eko-sistem. Kita bukan hanya menangkap seorang hakim, seorang DPP dan peguam, tetapi sekumpulan pegawai polis juga terlibat dalam kes itu," katanya pada sidang media lawatan pertamanya ke Pulau Pinang sejak menjadi ketua pesuruhjaya SPRM, semalam.

Enam orang pegawai polis yang didakwa terlibat dikatakan berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor.

Latheefa berkata hakim berusia 45 tahun itu, yang ditangkap pada hari Ahad ketika mendapatkan rawatan di hospital untuk sakit dada, ditahan reman selama dua hari oleh SPRM.

Peguam dan DPP pula, yang remannya berakhir Ahad lalu, disambung hingga semalam.

"Kami berharap dapat menyelesaikan kes ini dalam masa terdekat," kata Latheefa pada sidang akhbar di ibu pejabat SPRM negeri di George Town.

Turut hadir sidang media itu ialah Pengarah Operasi SPRM Azam Baki.

Latheefa bagimapaun enggan mendedahkan butiran penangkapan seterusnya.

"Perkara yang penting di sini, kes ini dalah perkara yang sangat serius, yang melibatkan pegawai peringkat tinggi, bukan sekadar polis sahaja menerima rasuah," katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS