Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Tiada paksaan dalam perakuan sokong Anwar, kata Fahmi

Tiada sebarang paksaan dalam perakuan sokongan terhadap Presiden PKR Anwar Ibrahim yang dikeluarkan pemimpin cabang dan negeri parti itu kebelakangan ini, maklum Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil hari ini.

Ketika diminta mengulas dakwaan Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin bahawa perakuan itu mungkin didorong paksaan atau gangguan, Fahmi menjawab: "Tiada (paksaan)."

"Saya fikir pada masa ini, isu tersebut tidak timbul kerana kepimpinan telah membuat keputusan kami akan move on.

"Kami akan maju ke hadapan dan tidak akan lagi melihat perkara ini kerana apa yang rakyat harapkan, apa yang rakyat mahu adalah PKR sebagai parti terbesar dalam PH memberikan fokus terhadap isu-isu yang membebani rakyat," kata Fahmi pada sidang akhbar mesyurat bulanan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR hari ini.

"Jadi buat masa, kami menganggap isu ini sudah selesai," jelasnya lagi.

Zuraida pada Jumaat lalu berkata pihak yang menandatangani perakuan sokongan itu tidak semestinya mendokong Anwar dan menyifatkannya sebagai suatu "gerakan yang disusun."

"Ingin saya ingatkan bahawa pihak yang menandatangani perakuan sokongan tersebut bukanlah sebenar-benarnya mendokong, tetapi mungkin didorong rasa terintimidasi dan dilakukan atas dasar terpaksa," katanya.

Zuraida turut mempersoalkan tujuan tandatangan pemimpin Cabang PKR dikumpulkan terhadap Anwar Ibrahim.

"Bukankah presiden parti tidak dicabar dalam pemilihan lalu? Sebagai anggota parti, tentulah pemilihan parti yang lalu jelas keputusannya.Maka apa justifikasi yang memerlukan tandatangan menyokong presiden ini?

"Ia hanya menimbulkan persoalan yang mencerminkan ketidakstabilan kedudukan presiden," katanya.

Anwar selaku presiden PKR patut mengarahkan perakuan seumpama itu dihentikan kerana ia memberi gambaran berlaku pergeseran dalam parti, kata Zuraida.

Perakuan sokongan itu timbul ketika timbul pergeseran antara ANwar dan Azmin mengenai seks video yang dikaitkan dengan menteri hal ehwal ekonomi itu.

Semalam, PKR Negeri Sembilan menjadi pimpinan negeri terbaru yang mengumumkan sokongan kepada Anwar.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS