Sempadan Mexico - AS jadi tempat main jongkang-jongkit
GLOBAL | Sempadan dua negara boleh menjadi tempat yang bahaya, namun seorang arkitek Ronald Rael berjaya menjadikan ia tempat menyeronokkan bagi kanak-kanak dan orang dewasa antara dua negara untuk bermain jongkang-jongkit.
Jongkang-jongkit yang direka itu dibahagikan antara dua sisi pagar sempadan yang memisahkan antara Amerika Syarikat (AS) dan Mexico.
Idea “Teeter-Totter Wall" berasal dari Professor Seni Bina Universiti California, Berkeley, Profesor Seni Reka Negeri San Jose, Virginia San Fratello dan Rael pada 2009 lapor CNN.
Sepuluh tahun kemudian, idea itu menjadi kenyataan.
Isnin lalu Rael dan pasukannya membawa papan jongkang-jongkit berwarna merah jambu dan meletakkannya di tengah-tengah sempadan antara Sundand Park di New Mexico (barat AS) dan Ciudad Jurez, Mexico.
Kota New Mexico sebelum ini merupakan tempat penahanan pendatang. Namun terdapat pihak yang membina tombak dengan menggunakan jutaan dolar menerusi kempen GoFundMe.

Namun, ketika Rael membawa jongkang-jongkit itu, permandangan ternyata berbeza apabila kedua-dua belah negara kelihatan bersatu, kata Universiti California dalam kenyataannya.
Sementara itu, Rael di Instagram berkata beliau sangat gembira kerana dapat menghubungkan dua negara dengan cara penuh bermakna.
“Tembok itu menjadi penghubung literal antara Amerika-Mexico di mana kanak-kanak dan orang dewasa terhubung secara bermakna di kedua-dua negara, dengan mengambil kira setiap tindakan (gerakan) di satu pihak akan mempunyai kesan kepada pihak yang sebaliknya,” kata Rael.

