Paling Popular
Terkini

Menteri Besar Amiruddin Shari akan mengadakan pertemuan dengan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor yang beragama Islam hari ini.

Pertemuan itu akan berlangsung di kediaman rasminya di Shah Alam pada jam 8 malam ini.

Setakat ini tidak jelas sebab pertemuan itu. Bagaimanapun, kata setiausaha politiknya Borhan Aman Shah, ia hanya pertemuan biasa.

“Ini merupakan perjumpaan tertutup dan hanya makan malam bersama MB sahaja.

“Kadang-kadang kami (Adun) berjumpa untuk berbual perkara biasa,” katanya yang juga wakil rakyat Tanjong Sepat ketika dihubungi Malaysiakini.

Ditanya mengapa pertemuan hanya bersama Adun yang beragama Islam, Borhan berkata pertemuan seumpanya dengan golongan itu telah dibuat sebelum ini.

“Ada juga buat (pertemuan) dengan Adun bukan Islam.

“Kalau nak berbincang hal penting saya panggil semua tetapi hari ini sahaja nak jumpa setakat sembang kosong,” katanya.

Sementara itu, Borhan turut menjelaskan bahawa terdapat perjumpaan yang sama bersama Amiruddin telah diadakan pada minggu lepas.

Ketika itu, tambahnya, mereka membincangkan isu berkaitan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

“Tetapi itu semua bincang secara ringkas sahaja,” katanya.

Lihat Komen
ADS