Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali berkata bukan hasratnya untuk menyinggung hati sesiapa apabila menyuarakan sokongannya secara terbuka kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad supaya terus menerajui negara sehingga habis penggal ini.

Sebaliknya kata Timbalan Presiden PKR itu, beliau menyokong pendirian pembangkang mengenai perkara itu bagi memastikan kestabilan dalam negara.

"Lapan puluh peratus ucapan saya (sebelum ini) adalah mengenai ekonomi, kestabilan politik, pelaburan, peluang pekerjaan dan pembangunan industri.

"Inilah sebabnya penting bagi PM untuk meneruskan perkhidmatan beliau sehingga habis penggal, demi kestabilan dan ketekalan.

"Saya tidak bermaksud untuk menyinggung hati mana-mana individu dengan kenyataan ini," katanya kepada pemberita di Pulau Pinang petang ini.

Pada 29 Julai lalu, Azmin berkata Mahathir perlu diberi peluang memimpin hingga ke akhir penggal bagi menjamin kestabilan, kesinambungan dan ketuntasan dasar-dasar kerajaan.

Beliau berkata demikian bagi mengalu-alukan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menegaskan pendirian parti itu dan sekutunya Umno terhadap Mahathir.

“Pendirian tersebut adalah seiring pandangan yang pernah saya lontarkan supaya usaha mengembalikan kegemilangan negara dapat direalisasikan dengan segera,” kata Azmin dalam satu kenyataan.

Mengikut perjanjian dalam Pakatan Harapan (PH) Mahathir akan menyerahkan teraju kepimpinan negara kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Tiada tempoh masa khusus dinyatakan.

Ditanya mengenai pertemuan antara Mahathir dan pembangkang di Putrajaya pada malam Selasa, Azmin mendakwa beliau tidak mempunyai maklumat mengenai hal tersebut.

Katanya, berdasarkan pada pertemuannya dengan perdana menteri sebelum ini lebih memberi fokus kepada isu ekonomi dan urusan

Menteri itu berkata sesinya bersama perdana menteri pada kebiasaannya memfokuskan terhadap hal ekonomi dan urusan kementerian.

"Saya terlalu sibuk untuk bercakap mengenai perkara-perkara parti," katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya jika sokongannya secara terbuka kepada Mahathir bermakna beliau tidak lagi menyokong presiden PKR, Azmin secara ringkas berkata: "Jangan salah tafsir."

Semalam, The Star melaporkan seorang menteri kabinet kanan dijemput menyertai pertemuan antara Mahathir dan pemimpin pembangkang dari Umno, PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Mahathir ketika ditanya sama ada Azmin turut serta pada pertemuan itu enggan mengulas lanjut dan menyifatkan ia sebagai satu rahsia.

Sebelum ini spekulasi bertiup kencang bahawa Mahathir lebih suka sekiranya Azmin menggantikannya walau pun terdapat perjanjian awal untuk melepadkan kuasa kepada Anwar dalam "dua ke tiga tahun lagi."

Skandal seks video yang cuba dibabitkan dengan Azmin juga dispekulasikan berkaitan dengan pergeseran dalaman PKR itu.

Lihat Komen
ADS