Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
DAP S'wak cadang Jawi subjek pilihan di sekolah aliran Cina
Diterbitkan:  Aug 4, 2019 5:21 PM
Dikemaskini: 9:21 AM

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen mencadangkan penggunaan tulisan khat Jawi yang dijadual dilaksanakan mulai tahun hadapan dijadikan sebagai subjek pilihan terutama di sekolah aliran Cina.

Beliau berkata, sejak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengeluarkan kenyataan untuk melaksanakan tulisan khat Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat, ia mendapat pelbagai reaksi terutama dari komuniti Cina di Sarawak.

“Justeru, buat masa ini, pelaksanaan itu dilihat tidak sesuai, saya akan bawa suara majoriti Sarawak ini ke mesyuarat kabinet minggu hadapan untuk dibincangkan,” katanya.

Chong, yang juga timbalan menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna berkata demikian semasa sidang media di Ibu Pejabat DAP di Kuching, hari ini.

Katanya, niat KPM memperkenalkan tulisan khat sebagai sebahagian daripada sukatan pelajaran adalah baik, terutamanya dalam kalangan anak yang terdiri daripada pelbagai kaum.

KPM dalam kenyataan menyebut bahawa pengenalan tulisan khat itu bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai warisan Bahasa Melayu dan identiti negara.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS