Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Amaran: Laman scam samar sebagai Malaysiakini
Diterbitkan:  Aug 8, 2019 1:16 PM
Dikemaskini: 5:16 AM

Sindiket penipuan atau scammer yang menggunakan nama serta logo Malaysiakini sedang melakukan penipuan kad kredit.

Antara penipuan itu termasuk wawancara yang kononnya dibuat oleh Malaysiakini dengan beberapa personaliti berprofil tinggi seperti Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes, angkasawan negara Sheikh Muszaphar Shukor dan hartawan Robert Kuok.

Wawancara ‘palsu’ itu mempromosikan penggunaan perkhidmatan bitcoin dan menyiarkan ulasan mengenai perkhidmatan oleh Malaysiakini.

 

Malaysiakini telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai perkara itu bulan lalu.

SKMM menjawab bahawa ia akan menyiasat aduan itu dan mengambil tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.

Laman scam ini ada kalanya muncul sebagai iklan Google di laman web Malaysiakini.

Walaupun usaha telah dilakukan untuk menghalang iklan tersebut dan laman scam berkenaan, namun adalah sukar untuk menjejaki penipu yang menggunakan pautan laman web yang berbeza.

Malaysiakini menasihati para pembaca untuk berhati-hati ketika melawat laman web yang mendakwa sebagai portal berita itu.

Sentiasa pastikan alamat laman web anda adalah www.malaysiakini.com.

Pembaca juga boleh mengambil tindakan proaktif dengan melaporkan sebarang iklan yang menghubungkan mereka dengan laman penipuan ini.

Ini boleh dilakukan dengan mengklik pada tanda "x" di sudut kanan iklan dan melaporkannya sebagai tidak sesuai.

Malaysiakini ingin mengingatkan pembaca bahawa kami tidak pernah meminta maklumat kad kredit kecuali untuk tujuan langganan.

Lihat Komen
ADS