Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bernama berdepan masalah kewangan, caruman KWSP pekerja terjejas
Diterbitkan:  Aug 9, 2019 5:28 PM
Dikemaskini: 9:53 AM

Agensi berita nasional Bernama berdepan masalah kewangan - yang memberi kesan kepada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pekerja dan bayaran balik pinjaman, meskipun pemotongan gaji mereka sudah dilaksanakan.

Dalam mesyuarat dengan kira-kira 100 kakitangan semalam, pengurus kanan akaun dan kewangan Bernama, Syarifah Zaini Syed Zain berkata syarikat itu mengalami "masalah kekangan kewangan".

"Sehingga kini, kami belum menerima geran daripada kerajaan, jadi kami menggunakan wang (daripada potongan) untuk membayar gaji kamu Julai lalu.

"Ya, kita boleh membuat keputusan untuk membayar semua sumbangan, yang bermaksud kita kemudian tidak akan dapat membayar gaji Julai baru-baru ini.

"Kerana geran masih (sangkut) di Kementerian Kewangan," katanya.

Malaysiakini memperoleh rakaman mesyuarat itu dari sumber.

Selain caruman KWSP, kakitangan yang mempunyai pinjaman kereta yang dibayar melalui potongan gaji juga terjejas. Syarifah berkata bayaran balik pinjaman hanya dibuat sehingga Jun bermula semalam.

Ini secara tidak sengaja akan menjejaskan penilaian kredit kakitangan, akuinya.

Katanya, Bernama telah meminta Kementerian Kewangan menjelaskan mengenai kelewatan dalam membayar geran suku ketiga yang lazimnya dibuat tepat pada waktunya sebelum pembayaran gaji.

Apabila seorang kakitangan menyoal sama ada gaji Ogos akan dibayar, Syarifah menjawab, "Saya tidak berani janji tetapi kita akan membayarnya sekitar 22 atau 23 (hari bulan)".

"Saya juga tidak boleh berjanji bahawa semua sumbangan (kepada KWSP dan pihak berkuasa lain) akan dikemukakan tetapi saya percaya kementerian kewangan akan menunaikan janjinya untuk memberi geran minggu depan," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS