Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lelaki maut dipercayai selepas bergelut akibat kemalangan

Seorang lelaki maut dipercayai selepas terbabit dalam satu pergelutan susulan perselisihan faham yang berpunca daripada kemalangan jalan raya di Kilometer 239 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, berhampiran susur Bandar Baru Bangi hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata polis telah menahan sepasang suami isteri, masing-masing berumur dalam lingkungan awal 40-an dan lewat 30-an bagi membantu siasatan.

“Kemalangan berlaku lebih kurang pukul 1.40 tengah hari, dan berlaku perselisihan faham yang membawa kepada pergelutan antara dia dengan suspek lelaki berumur awal 40-an.

“Lelaki yang berusia 29 tahun itu dikejarkan ke Hospital Nilai dan disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi pegawai penyiasat kes itu dengan menelefon 016-406 4202, atau hubungai balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS