Malaysiakini
BERITA

PM: Terserah polis nak haramkan Dong Zong

Kow Gah Chie

Diterbitkan
Dikemaskini 13 Ogs 2019, 1:06 tengahari

Terserah kepada pihak polis untuk menentukan sekiranya Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) perlu diharamkan, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir berkata beliau tidak tahu jika kumpulan pendidikan Cina yang membantah pelajaran pengenalan tulisan Jawi di sekolah vernakular wajar diharamkan.

“Jika ia terus memainkan isu atau menghasut rakyat untuk bergaduh antara satu sama lain, sudah tentu ia bercanggah dengan undang-undang,” katanya pada pemberita di KLIA hari ini.

"Kami (perlu) sentiasa sensitif supaya tidak menghasut masyarakat berbilang kaum untuk bergaduh antara satu sama lain,” katanya pada pemberita di KLIA hari ini.

Gerakan Pengundi Sedar (GPS) telah melancarkan petisyen atas talian mendesak Dong Zong diharamkan dan telah mengumpulkan 50,000 tandatangan setakat hari ini.

Pemuda Bersatu (Armada) turut melancarkan petisyen dengan gesaan serupa.

Mahathir baru-baru ini membidas Dong Zong kerana mendakwa pengenalan pengajaran khat Jawi tiga halaman dalam sukatan pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4 sekolah rendah adalah satu bentuk "Islamisasi".

Dong Zong hari ini menafikan dakwaan pertubuhan itu menentang semua dasar pendidikan kerajaan dan bersikap 'rasis'.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata kumpulan pendidik Cina hanya bercakap mengenai isu pendidikan satu kaum sahaja walaupun tinggal di negara majmuk.

Pengerusi PH turut mengulangi dakwaan Dong Zong menentang konsep Sekolah Wawasan kerana tidak mahu melihat anak-anak Melayu dan Cina bercampur.

[Baca berita penuh]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Iklan