WAO: Kenapa pemohon kerja tiada dalam pindaan akta kerja?
Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) mempersoalkan kenapa pemohon kerja disisihkan dalam pindaan dibuat pada Akta Kerja 1955.
Pertubuhan itu merasakan bahawa pindaan dalam akta tersebut tidak melindungi pemohon kerja dari diskriminasi.
“Kami amat bimbang sekiranya penyisihan ini diteruskan kerana ia akan menjadikannya suatu peruntukan anti diskriminasi yang lemah.
“Kami menggesa pihak Kementerian untuk memasukkan kembali istilah pemohon kerja ke dalam peruntukan tersebut,” kata WAO dalam satu kenyataan.
WAO mengeluarkan kenyataan itu setelah berkata mendapat maklumat kementerian akan menyisihkan pemohon kerja daripada peruntukan antidiskriminasi tersebut.
Menurut badan itu, hal ini dikhuatiri terhadap pemohon kerja dan pekerja berlakunya daripada diskriminasi atas dasar gender, agama ,kaum, kelainan upaya, status kahwin, wanita mengandung dan bahasa pertuturan.
Pada 6 Ogos, kerajaan dilaporkan sedang membuat semakan pada Akta Kerja 1955 untuk dipinda dan dibicarakan ke Kabinet, termasuk isu diskriminasi di tempat kerja.
Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran, berkata perkara lain seperti cuti paterniti dan tempoh waktu bekerja juga perlu disemak.
Selain itu, difahamkan bahawa pihak kementerian kebarangkalian memasukkan senarai faktor diskriminasi ke dalam peraturan berasingan dan memisahkannya daripada akta itu sendiri.
Oleh itu, WAO menggesa pihak kementerian agar mengekalkan senarai faktor diskriminasi tersebut dalam Akta Kerja untuk mengekalkan peraturan yang lebih kekal dan kukuh.
Hal ini perlu dititikberatkan agar kerja dilindungi oleh undang-undang anti diskriminasi kerana ditakuti kerap berlaku sewaktu fasa pengambilan kerja.

