Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Status PR Zakir Naik: Biar kabinet putuskan - Timb menteri
Diterbitkan:  Aug 18, 2019 8:12 PM
Dikemaskini: 12:12 PM

Timbalan Menteri Luar Marzuki Yahya berkata terpulang kepada kabinet untuk membuat keputusan sekiranya kerajaan perlu menarik balik status penduduk tetap (PR) pendakwah Dr Zakir Naik yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini.

Menurut Marzuki, keputusan kabinet adalah keputusan yang ‘paling penting’ berbanding keputusan yang dibuat oleh semua orang.

“Saya tidak mahu komen banyak mengenai hal ini kerana Zakir Naik bukan rakyat Malaysia. Jadi, kita tidak hendak bazirkan waktu untuk bergaduh sesama sendiri.

”Saya fikir biar kabinet tentukan kerana bagi saya, keputusan kabinet mengatasi setiap orang,” katanya kepada pemberita pada Program Pemukiman Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Johor di Savanah Hill Resort di Ulu Tiram, hari ini.

Marzuki yang juga Setiausaha Agung Bersatu diminta mengulas mengenai kenyataan kontroversi pendakwah dari India itu baru-baru ini sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dari pelbagai pihak.

Terdahulu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata status PR Zakir boleh ditarik balik sekiranya perbuatannya (kenyataannya) terbukti menjejaskan kesejahteraan negara.

Dr Mahathir bagaimanapun berkata, kerajaan akan menunggu penyiasatan penuh daripada pihak polis berkaitan perkara itu.

- Bernama

Lihat Komen
ADS