Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dana pusat bagi biayai PTMP mungkin ambil masa 5 tahun

WAWANCARA | Permohonan kerajaan Pulau Pinang untuk mendapatkan dana daripada kerajaan persekutuan berjumlah RM10 bilion bagi menampung kos permulaan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) mungkin mengambil masa lima tahun untuk diluluskan, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Dalam wawancara baru-baru ini, Chow berkata RM10 bilion berkenan yang diperlukan bagi dua projek di bawah PTMP - Transit Aliran Ringan (LRT) Bayan Lepas-Komtar dan Lebuh Raya Pan-Island Link 1 (PIL 1) - mungkin dimasukkan dalam Rancangan Malaysia seterusnya.

Chow masih belum menerima sebarang jawapan dari Putrajaya, walaupun telah menulis kepada Pejabat Perdana Menteri awal bulan ini, dan salinannya dihantar kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

"Saya harap mereka dapat memberi maklum balas dan memberikan jawapan secara positif, tetapi seperti yang kamu tahu, ini adalah proses yang terlalu panjang dan membosankan. Mereka mungkin memasukkan dalam rancangan lima tahun," katanya kepada Malaysiakini.

"Seperti namanya, ia mungkin mengambil masa lima tahun, jadi diharapkan ia akan dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12)," tambah Chow.

Bagaimanapun, Chow tetap yakin akan berjaya memperoleh dana itu ekoran Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali telah meletakkan projek itu dalam agenda ketika membincangkan rangka kerja RMK12 semasa pertemuan dengan kerajaan Pulau Pinang pada 2 Ogos.

Jika Pulau Pinang berjaya mendapatkan pembiayaan dari kerajaan persekutuan bagi membiayai PTMP, beliau berkata kerajaan negeri akan mempertimbangkan untuk menurunkan skala projek penambakan selatan (PSR), yang melibatkan pembinaan tiga pulau buatan yang meliputi 1,821 hektar.

Pertandingan rekaan pelan induk diluluskan

Sementara itu, ketua menteri mengesahkan bahawa pertandingan bagi rekaan pelan induk bagi pembangunan tiga pulau buatan manusia di bawah PSR seperti yang dirancang dianjurkan oleh Konsortium SRS, telah menerima kelulusan kerajaan negeri.

Konsortium SRS - yang terdiri daripada Gamuda Berhad (60 peratus), Loh Phoy Yen Holdings Sdn Bhd (20 peratus) dan Ideal Property Development Sdn Bhd (20 peratus) - dilantik sebagai rakan kongsi PTMP negeri pada Ogos 2015.

"Mungkin wujud salah faham. Pertandingan ini disokong oleh kerajaan Pulau Pinang. Konsortium SRS melakukannya bagi pihak kerajaan negeri, "katanya.

"Apabila konsortium SRS mengumumkan pertandingan itu, ia mungkin memberi tanggapan bahawa mereka telah membuat keputusan mengenainya, tapi tak betul. Idea itu telah dikemukakan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan kami telah meluluskannya."

[Baca wawancara penuh]

Lihat Komen
ADS