Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'22 pengerusi PIBG sekolah Tamil di Kedah sokong Jawi'
Diterbitkan:  Aug 19, 2019 4:02 PM
Dikemaskini: 8:11 AM

Dua puluh dua pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah jenis kebangsaan (Tamil) daerah Kuala Muda dan Yan menyokong usaha Kementerian Pendidikan memperkenalkan tulisan Jawi di sekolah rendah.

Mereka berpendapat pembelajaran tulisan itu dapat menjadi nilai tambah ilmu kepada generasi muda selain mampu memupuk hubungan baik sesama rakyat, lapor Utusan Online.

"Kita telah mengadakan perbincangan secara bersama dan bersetuju untuk seni dan tulisan ini (khat dan Jawi) diperkenalkan di sekolah untuk generasi muda," kata Pengerusi Tamil Foundation Kedah G Kumaran.

Kumaran berkata demikian setelah mempengerusikan mesyuarat bersama pengerusi PIBG dari dua daerah itu di Pejabat Tamil Foundation di Sungai Petani, kelmarin.

Katanya kesemua pengurusan SJKT terlibat menyokong sebulat suara hasrat Kementerian Pendidikan itu.

Tambahnya, mesyuarat itu diadakan susulan kementerian memberi kelonggaran kepada PIBG, ibu bapa dan murid di sekolah rendah jenis kebangsaan untuk memutuskan sendiri pengajaran tersebut.

Kumaran percaya terdapat masyarakat India yang membantah pengenalan tulisan Jawi disebabkan kerana tidak mendapat penerangan secukupnya.

Lihat Komen
ADS