Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Jerebu dijangka bertambah buruk
Diterbitkan:  Sep 10, 2019 9:57 AM
Dikemaskini: 1:57 AM

Pusat Metereologi Khas Asean (ASMC) memberi amaran keadaan berjerebu di Malaysia dijangka akan bertambah buruk berikutan penambahan titik panas yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia.

Menurut ASMC berdasarkan data yang diperolehi menunjukkan titik panas di Sumatera terus merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 206 pada 8 September daripada hanya 52 pada 7 September, walaupun Indonesia menafikannya.

"Situasi panas serta jerebu di Sumatera dan Kalimantan dijangka berterusan.

"Dengan angin yang bertiup dari Tenggara atau Barat Daya, jerebu rentas sempadan dijangka terus akan menjejaskan kawasan sekitarnya termasuk barat Sarawak dan bahagian barat Semenanjung Malaysia," kata ASMC seperti dilaporkan oleh Malay Mail hari ini.

Kata ASMC, kawasan selatan Asean terus kering walaupun hujan lebat di kawasan utara, memburukkan lagi keadaan.

Jerebu di wilayah Indonesia di Riau, Jambi, Sumatera Selatan dan Lampung serta Kalimantan Barat, Tengah dan Selatan kemudian dibawa ke barat Sarawak dan Semenanjung Malaysia oleh angin.

ASMC berkata mereka juga melihat beberapa titik jerebu di kawasan bersebelahan Laut China Selatan.

"Berdasarkan pengawasannya melalui satelit NOAA-20, amaran tahap tiga diumumkan oleh ASMC semalam untuk Sumatera," katanya.

Pada 5 September, ASMC mengisytiharkan "Amaran tahap tiga" untuk Kalimantan, dengan bacaan 114 dan 459 titik panas dikesan di rantau itu pada 3 dan 4 Sept.

Untuk rekod, bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Lihat Komen
ADS