Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Cerun runtuh Simpang Pulai-Cameron Highlands sedang dibaiki
Diterbitkan:  Sep 11, 2019 11:41 AM
Dikemaskini: 3:43 AM

Kerajaan negeri sedang menjalankan kerja-kerja membaik pulih enam cerun yang runtuh di sepanjang jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands bagi membendung kejadian tidak diingini di kawasan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Peladangan negeri Abdul Yunus Jamahri berkata kerja-kerja membaik pulih itu dilaksanakan Syarikat Pintas Utama Sdn Bhd (PUSB) melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM5.4 juta.

Katanya, projek baik pulih itu dijangka siap akhir tahun ini.

“Kerajaan Negeri mengambil maklum kebimbangan orang ramai berkaitan isu cerun runtuh di beberapa tempat di jalan Simpang Pulai - Cameron Highland.

“Buat masa ini pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengambil langkah-langkah keselamatan bagi membendung kejadian yang tidak diingini dan orang ramai pula digesa berhati-hati apabila melalui kawasan terbabit terutama pada waktu malam,” katanya dalam satu kenyataan di Ipoh hari ini.

-Bernama

Lihat Komen
ADS