Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hari ke-8: Najib masih sakit mata, perbicaraan disambung minggu depan

KES 1MDB | Perbicaraan melibatkan RM2.28 bilion dana 1MDB hanya akan disambung semula pada Selasa minggu depan selepas tertuduh, bekas perdana menteri Najib Razak memperoleh sijil cuti sakit selama dua hari.

Perkara itu disahkan oleh timbalan pendakwa raya Ahmad Akram Gharib dan peguam utama Najib Muhammad Shafee Abdullah melalui mesej teks.

Akram berkata penolong pendaftar kanan (SAR) Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memanggil pihak pendakwaan semalam untuk memaklumkan mengenai perkara itu.

"Tidak perlu disebutkan (hari ini). Kami dimaklumkan oleh SAR.

"Hakim (Collin Lawrence Sequerah) menetapkan Selasa (minggu depan) untuk pendengaran (kes 1MDB)," katanya.

Dalam mesej teks itu, Shafee mengesahkan bahawa pihak pembelaan dimaklumkan bahawa pendengaran akan disambung semula minggu depan kerana anak guamnya masih cuti sakit hari ini.

Najib tidak dapat menghadiri sidang media semalam kerana dia dijangkiti konjungtivitis, sejenis penyakit mata yang berjangkit.

Jangkitan itu juga sebelum ini menyebabkan penangguhan beberapa hari kes perbicaraan SRC International.

Lihat Komen
ADS