Seorang kontraktor memfailkan permohonan untuk menyoal balas Peguam Negara Tommy Thomas dalam satu cabaran perlembagaan terhadap Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan (CIPA) 2012 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Peguam Arun Kasi yang mewakili kontraktor itu berkata pihaknya juga mencabar kesahihan pelantikan pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC).

Arun berkata, Akta CIPA membenarkan AIAC mengadili pertikaian perniagaan, yang dilihat sebagai pendekatan pantas dalam prosiding mahkamah konvensional.

Bagaimanapun, Arun berkata kontraktor itu mendakwa di bawah Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan, kuasa kehakiman adalah terletak pada mahkamah dan tidak boleh "diswastakan" kepada suatu tribunal adjudikasi.

"Bayaran yang kena dibayar kepada adjudikator boleh melebihi RM50,000 untuk meneruskan tindakan yang biasanya dijalankan melalui dokumen sahaja.

"Yuran pentadbiran dibayar kepada AIAC boleh melebihi RM10,000. Adalah didakwa dalam tindakan itu bahawa kedua-dua bayaran ini adalah bercanggah perlembagaan kerana melanggar Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan.

"Dalam apa jua keadaan, ia juga mendakwa undang-undang itu tidak memberikan kuasa kepada AIAC untuk mengenakan bayaran pentadbiran, tetapi dikenakan bayaran sewenang-wenangnya," katanya kepada Malaysiakini.

[Baca berita penuh]