Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Polis siasat himpunan solidariti dengan Hong Kong di KL

Pihak polis sudah membuka kertas siasatan ke atas perhimpunan "929 Global Anti-Totalitarianism" yang diadakan di Kampung Attap, Kuala Lumpur, malam semalam.

Himpunan yang dihadiri oleh 70 orang itu diadakan bagi menunjukkan solidariti bersama protes terhadap pindaan rang undang-undang (RUU) ekstradisi Hong Kong.

Bagaimanapun, pihak polis berkata, penganjur gagal untuk maklumkan notis penganjuran himpunan tersebut.

Di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, penganjur seharusnya memberikan notis pemberitahuan 10 hari sebelum program kepada pihak berkuasa.

“Kami telah membuka kertas siasatan, dan akan memanggil penganjur dalam masa terdekat,” kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohd Fahmi Visuvanathan kepada Malaysiakini.

Tempat himpunan pada mulanya dirancang di ruang Jalan Belfield dekat Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).

Setelah laporan polis dibuat oleh pengarah KLSCAH Lee Shok Jing semalam yang menjelaskan himpunan tersebut tidak mempunyai kaitan dengan organisasi, peserta himpunan menukar tempat ke kawasan terbuka parkir kereta yang berdekatan dengan tempat tersebut.

Kedutaan China di Malaysia Chen Chen, mengkritik pihak penganjur dan penyokong kerana gagal membezakan perkara benar dan gagal mentafsir makna sebenar demokrasi dan kebebasan berikutan tindakan mereka yang tidak masuk akal melakukan protes.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS