Paling Popular
Terkini

Umno dilihat terus bermain ‘tarik tali’ berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai dengan berkata bahawa calon yang akan mewakili BN hanya akan diumumkan selepas mengadakan kajian.

Presidennya, Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga pengerusi BN mengesahkan bahawa partinya masih belum membuat keputusan sama ada Umno bertanding atau mengekalkan wakil MCA bagi PRK yang akan diadakan pada 16 November ini.

“Kita (BN) akan bertanding. Kita hanya akan umumkan calon BN selepas mengadakan kajian kepentingan dan perbincangan yang muktamad.

“Saya telah membuat perbincangan dengan Presiden MCA Wee Ka Siong dan akan membuat pengumuman calon PRK dalam masa terdekat,” kata Zahid yang juga pengerusi BN pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur, hari ini.

Kerusi Parlimen Tanjung Piai mempunyai 53,528 pengundi pada PRU ke-14 dengan 57 peratus ialah pengundi Melayu, 42 peratus Cina dan India satu peratus India.

Sebelum ini timbul gesaan, antaranya daripada Umno Tanjung Piai sendiri, agar kerusi tradisi MCA itu ditandingi Umno untuk PRK kali ini.

Lihat Komen
ADS