Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan akhir kajian UEC dihantar hujung bulan ini

Pasukan petugas Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) merancang menghantar laporan akhir hujung bulan ini selepas bertemu dengan anggota parlimen dan kumpulan dari Sabah dan Sarawak.

Ia susulan rungutan Dong Zong Sarawak bahawa pasukan petugas tidak bertanyakan pandangan mereka, menurut laporan Sin Chew Daily.

Anggota UEC yang juga timbalan presiden Dong ZOng, Tan Yew Sing berkata pandangan pihak dari Sabah dan Sarawak penting dan akan dimasukkan dalam laporan akhir.

"Sebenarnya kita telah bertemu pengarah jabatan pendidikan negeri (Sabah dan Sarawak) dan anggota majlis eksekutif di dua negeri itu. Tetapi masih ada sejumlah pemegang taruh yang ingin bertemu kami.

"Tetapi kerana kita kesuntukan masa, kita tak boleh ke sana, dan meminta mereka datang ke Kuala Lumpur," katanya ketika sidang media di Putrajaya hari ini.

Katanya lagi, mana-mana kumpulan dari Sabah dan Sarawak yang ingin menyertai sesi rundingan boleh menghubungi mereka dalam masa dua minggu ini.

Penerusi pasukan petugas UEC Eddin Khoo berkata mereka akan mengaturkan pertemuan dengan anggota parlimen pada 16 Oktober ini bagi meningkatkan kefahaman berkenaan UEC.

"Sesi libat urus ini terbuka kepada semua MP. Memandangkan kita membawa isu ini kepada rakyat, cara terbaik ialah memalui wakil rakyat mereka," katanya.

Katanya, sesi itu adalah platform perantara bagi pelbagai aspek berkaitan kepentingan parti, rakyat yang diwakili serta budaya mereka, yang didepani anggota parlimen dari pelbagai parti.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS