Malaysiakini
BERITA

165 terima darjah, bintang, pingat kebesaran Melaka

Diterbitkan
Dikemaskini 12 Okt 2019, 7:00 pagi

Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob hari ini menyempurnakan sesi pertama Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka 2019 Sempena Sambutan Hari Jadinya Ke-81 kepada 165 penerima.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan penerima tunggal Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) membawa gelaran Datuk Seri Utama mendahului senarai penerima itu hari ini, manakala sesi kedua dijadual esok dan sesi ketiga pada 4 Nov ini.

Sembilan individu menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri iaitu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir; Menteri Pertanian, Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub; Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Seri Hasim Hasan; Anggota Lembaga Hasil Dalam Negeri, Tan Sri Rashpal Singh.

Penerima DGSM lain Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Kamaluddin Md Said; Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Principal GB Architect, Datuk Seri Giles Bien Chia Hsui; Ketua Pegawai Eksekutif MAMEE Double Decker (M) Sdn Bhd, Datuk Seri Pang Tee Nam; dan Pengarah Lonnix (M) Sdn Bhd, Datuk Seri Piong Teck Min.

Enam penerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira ialah Hakim Mahkamah Tinggi 1 Melaka, Datuk Ahmad Nasfy Yasin; Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya; Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil; Pengarah Bunga Pertiwi Sdn Bhd, SS Bulwant Singh; Pengurus Perniagaan City Fair and Amusement, Datuk Liau Kim Choon; Pengarah Syarikat Al-Khatiri Sdn Bhd., Datuk Shaikh Abdul Halim Shaikh Salah AlKhatiri.

Seramai enam individu menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk iaitu Exco Pendidikan, Modal Insan, Sains dan Inovasi Melaka, Datuk Noor Effandi Ahmad; Exco Wanita, Kebajikan dan Pembangunan Luar Bandar Melaka, Datuk Ginie Lim Siew Lin dan Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani Melaka, Datuk Norhizam Hassan Baktee.

Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan, Jabatan Ukur dan Pemetaan, Datuk Dr Azhari Mohamed; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Madya Datuk Ibrahim Mohamed dan Pengerusi Eksekutif G3 Global Berhad, Datuk Wan Khalik Wan Muhammad.

Penerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk pula adalah seramai 29 individu iaitu Duta Malaysia ke Indonesia, Datuk Zainal Abidin Bakar; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kenya, Datuk Loh Seck Tiong; Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Datuk Gue Teck; Hakim Mahkamah Syariah Melaka, Datuk Mohd Nadzri Abdul Rahman dan Timbalan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Dr Sharazat Ahmad.

Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Mansor Sudin; Pengarah Hospital Melaka, Datuk Dr Hatijah Mohd Tan; Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Md Azhan Samat @ Limat dan Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah, Datuk Shamsul Ambia Abdul Aziz.

Pengurus Besar Yayasan Melaka, Datuk Ahamad Kamel Ismail; Pengarah Urusan Parti Pribumi Bersatu, Datuk Anuar Mohd Seh; Pengarah Urusan First Multi Carton Industries Sdn Bhd, Datuk Chew Ban Yeu; Pengarah Urusan HCK Capital Group Berhad, Datuk Clifford Hii Toh Leong; Rakan Kongsi Ernst and Yong; Datuk Duar Tuan Kiat; Pengasas Bersama / Rakan Kongsi Growell Healthcare Sdn Bhd dan Rakan Kongsi Sabarudin Othman and Ho, Datuk Ho Wee Keong.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MMC Port Holdings Sdn Bhd, Datuk Brian James; Ketua Pegawai Eksekutif Dreamedge Sdn Bhd, Datuk Khairil Adri Adnan; Pengarah Pejabat KCA Amusement World Sdn bhd, Datuk Kher Choo Ann; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Leong Hup International Berhad, Datuk Lau Joo Hong; Pengarah Eksekutif Penfo (M) Sdn Bhd, Datuk Lui Dah Loong dan Pengarah Lembaga SMS Deen Jewellers Sdn Bhd, Datuk Mohamed Sirajudeen Mohamed Salahudeen.

Pengarah Urusan Persatuan Bola Sepak Melaka, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri; Pengarah Urusan Fibon Berhad, Datuk Pang Fok Seng; Peguam S.F.Pang and Chandra, Datuk Pang Siew Fian; Pengarah Urusan Gefung Holdings Sdn Bhd, Datuk Seo Aik Leong; Datuk Wong Shen Hou (SUBS: tiada jawatan diberikan); dan Pengarah Perubatan Yap's Clinic, Datuk Yap Hong Keong.

Selain itu, seramai 20 individu menerima Darjah Seri Melaka (DSM), tujuh orang menerima Bintang Cemerlang Melaka (BCM), 44 orang Bintang Khidmat Terpuji (BKT), 38 orang menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan empat penerima Pingat Bakti Masyarakat (PBM).

- Bernama

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.