Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Siapalah saya nak halang Anwar jadi PM, kata Hishammuddin
Diterbitkan:  Oct 16, 2019 2:02 PM
Dikemaskini: 6:02 AM

Bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein menolak dakwaan bahawa beliau mahu menghalang Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri.

Hishammuddin turut menafikan dakwaan yang kononnya beliau berkempen bagi membentuk kerajaan baru tanpa DAP dan parti Amanah.

Jelasnya, beliau tidak memegang apa-apa jawatan dan tidak mempunyai pengaruh untuk berbuat demikian.

"Siapalah saya ini? Saya tak pegang jawatan apa-apa dalam parti kami pun. Jadi, nak mempengaruhi parti kita (Umno) untuk sekat Anwar jadi perdana menteri saya pasti tak maksud akal.

"Keduanya kita parti pembangkang apa kena dengan kedudukan perdana menteri? Jadi, kenapa dia fokus kepada kita dalam BN dan Umno?

"Melainkan kalau dia (Anwar) rasa dia nak jadi perdana menteri dia perlu sokongan daripada BN dan Umno," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Hishammuddin berkata, jika benar Anwar memerlukan sokongan pembangkang, ia bermakna pemimpin PKR itu tidak yakin akan dapat sokongan dari parti sendiri.

Semalam, pada sesi perbahasan di Parlimen, Anwar ditanya oleh wakil pembangkang berhubung peralihan kuasa antaranya dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Anwar berkata, perkara itu telah dipersetujui bersama antara beliau dan Mahathir serta pemimpin Pakatan Harapan (PH) lain.

"Ini masalah terikut sangat dengan strategi (anggota parlimen) Sembrong dan lain-lain, semua itu karut.

"Semua ini kadang-kadang untuk survival diri ... untuk menutup kes siasatan SPRM, kita tidak mahu begitu. Politik ini bukan kerana ugutan, mesti ada prinsip sama ada didakwa di mahkamah, diugut masuk penjara, prinsip jangan digadai bagi tahu Sembrong," kata Anwar ketika berbahas.

Susualan kenyataan Anwar itu, setiausaha agung membabitkan semua empat parti PH dan setiausaha agung gabungan mengeluarkan kenyataan bersama, menuduh Hishammuddin mahu mewujudkan kerajaan baru.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata banyak perkara disasarkan kepadanya membuktikan bahawa "Sembrong" masih lagi relevan.

"Mereka tuduh tuduh saya berkempen untuk mewujudkan kerajaan baru meminggirkan DAP dan Amanah.

"YB Mohamad Sabu ada tadi, saya tanya dia nak kempen apa? PRU bukan besok, jadi saya tidak faham kenyataan rasmi yang keluar dari parti (PH)," katanya.

Tambah Hishammuddin, apa yang berlaku ketika ini memberi gambaran ada yang tidak kena dalam PH.

Katanya, beliau tidak akan membenarkan BN, Umno mahupun dirinya menjadi kambing hitam terhadap apa yang berlaku dalam PH.

Lihat Komen
ADS