Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
VC diingatkan elak 'buli' pelajar yang membantah
Diterbitkan:  Oct 17, 2019 12:27 PM
Dikemaskini: 4:27 AM

Ahli parlimen DAP Lim Kit Siang mahu Naib Canselor Universiti Malaya (UM) Abdul Rahim Hashim menarik balik laporan polis yang dibuat oleh universiti itu terhadap aktivis pelajar Wong Yan Ke berhubung protes solonya.

Lim berkata universiti harus mengelak daripada taktik membuli dan menggunakan pendekatan keras serta berdendam.

Ini, kata beliau, khususnya apabila Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sendiri menyokong hak pelajar untuk membantah tetapi menjelaskan terdapat tempat khusus untuk berbuat demikian.

"Perdana Menteri kata mereka boleh protes tetapi ada tempatnya, jangan ganggu istiadat rasmi seperti majlis konvokesyen. Dia juga kata kita (pihak politik) tidak perlu masuk campur sangat.

"Atas nasihat ini, bantahan Wong yang melaungkan slogan menolak kepimpinan naib canselor universitinya sejurus selepas menerima skrol ijazah minggu ini harus ditangani - bukan dengan cara membuli atau berdendam yang akan memburukkan lagi nama Universiti Malaya,” kata ahli politik veteran itu dalam satu kenyataan hari ini.

Wong pada majlis konvo Isnin lalu, sambil berjalan turun ke bawah pentas sempat berhenti sebentar, membuka plakad dan melaungkan: “Tolak rasis. Undur VC. Ini Tanah Malaysia”.

Plakard yang dipegang pelajar itu tertera gesaan supaya naib canselornya meletakkan jawatan dengan mendakwa Abdul Rahman menjadi boneka kepada ahli politik, mencabul kebebasan akademik dan gagal menyelesaikan masalah kewangan universiti.

Tindakan pelajar itu sebagai membantah ucapan Abdul Rahim ketika menghadiri Kongres Maruah Melayu 6 Oktober lalu.

Dia dilaporkan berkata dominasi politik Melayu telah hilang selepas perubahan kerajaan dan hak istimewa orang Melayu dipersoal. Dia juga memberi peringatan supaya kontrak sosial tidak dicabar.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS