Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Dr Makio Miyagawa mengucapkan 'sayonara' kepada Malaysia selepas lima setengah tahun berada di Kuala Lumpur sebagai duta Jepun dan memuji Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang beliau sifatkan sebagai seorang pemimpin yang disayangi, dihormati dan dikagumi kerajaan, rakyat, ahli politik, pemimpin perniagaan Jepun.

"Sekiranya Tun Dr Mahathir seorang doktor perubatan, beliau pastinya telah menyembuhkan ramai pesakit tetapi beliau menjadi pemimpin politik dan beliau telah ‘menyembuhkan’ negara. 

"Saya belajar banyak perkara daripadanya. Beliau pemimpin yang sangat baik dan saya harap beliau akan terus menjadi pemimpin yang baik.

"Semua orang di Jepun gembira mempunyai pemimpin sedemikian di Asia," katanya kepada Bernama dalam wawancara sempena penamatan khidmat beliau di negara ini di kediaman rasminya di Kuala Lumpur pada Khamis.

Dr Miyagawa, 68, yang memegang Ijazah Doktor Falsasah (PhD) dalam Hubungan Antarabangsa dan Undang-undang dari Oxford University, berkata beliau akan merindui Malaysia apabila kembali ke negaranya pada Selasa ini tetapi berjanji akan kembali ke negara ini pada masa depan dalam persediaan untuk bersara daripada perkhidmatan diplomatik.

- Bernama

Lihat Komen
ADS