Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Helikopter MD: ‘Tak sampai atau tak terima?’
Diterbitkan:  Oct 31, 2019 12:30 PM
Dikemaskini: 4:30 AM

Menteri pertahanan di era BN Hishammuddin Hussein membangkitkan isu berkaitan status penghantaran enam helikopter bernilai lebih RM300 juta yang dibeli oleh pentadbiran lama.

Katanya, kenapa helikopter tentera itu tidak diterima jika 98 peratus tempahan itu sudah siap, seperti dinyatakan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu di parlimen semalam.

“Sebenarnya tak sampai atau tak nak terima?

“Kalau betul telah 98 peratus siap dan sudah dibayar, terima sahajalah helikopter itu,” kata anggota parlimen Sembrong di Facebook beliau malam tadi.

“Apa masalahnya lagi sampai perlu tangguh, kemudian reka pelbagai isu dan polemik? 

"Ini yang saya sering sebut sebelum ini, jangan disebabkan hendak bermain politik, keselamatan rakyat Sabah diperjudikan!”

Hishammuddin dan Mohamad di parlimen sebelum ini

Mohamad semalam dilaporkan berkata kerajaan mungkin perlu ke mahkamah berhubung isu helikopter tempur ringan MD530G yang dikeluarkan MD Helicopters dari Amerika Syarikat kerana belum dihantar.

Free Malaysia Today pada 20 Mei lalu melaporkan helikopter itu dipesan ketika Hishamuddin menjadi menteri pertahanan.

Menurut laporan itu lagi, helikopter itu menarik minat pegawai kementerian ketika Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (Lima) 2015.

Bagaimanapun sumber berkata helikopter yang membuat demonstrasi ketika itu bukan MDG530G, tetapi variannya iaitu N369FF.

Menulis di Facebook, Hishammuddin juga menyelar dakwaan sebelum ini bahawa wang sudah dibayar tetapi helikopter tidak sampai.

Lihat Komen
ADS