Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Perbicaraan kes saman malu berhubung dakwaan gangguan seksual oleh Ahli Parlimen Sungai Siput S Kesavan terhadap bekas pembantunya ditetapkan pada Jun tahun depan.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Azimah Omar juga menetapkan 2 Mac 2020 sebagai tarikh pengurusan kes.

Tarikh perbicaraan kes ditetapkan pada 15 Jun hingga 18 Jun 2020 selama empat hari.

Kesavan diwakili firma Armand Ali & Co, manakala pihak plaintif diwakili peguam Rueben Mathiavaranam.

Pada 17 Mei lalu, Malaysiakini melaporkan Kesavan dan wanita berkenaan yang juga bekas bendahari PKR cabang Sungai Siput saling membuat laporan polis antara satu sama lain.

Dalam laporan polis itu, wanita berkenaan mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual anggota parlimen PKR berkenaan sejak Disember tahun lalu.

Manakala Kesavan pula membuat laporan polis mengadu tentang trauma dan gangguan jiwa terhadapnya.

Susulan laporan itu, Kesavan tampil menafikan dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap bekas pembantunya.

Pemimpin PKR Perak itu berkata, laporan polis yang dibuat oleh wanita berkenaan terhadapnya adalah berniat jahat dan cuba menjatuhkan reputasinya.

Susulan kenyataan Kesavan, wanita tersebut yang hanya dikenali sebagai 'Ammu' bertindak mengambil tindakan undang-undang terhadap Kesavan.

Lihat Komen
ADS