Saman malu RM450 juta: Vincent Tan setuju selesai luar mahkamah
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya Group Berhad Tan Sri Vincent Tan hari ini bersetuju menyelesaikan tuntutan dua saman malu berasingan terhadap Star Papyrus Printing Sdn Bhd dan lima yang lain berjumlah RM450 juta di luar mahkamah.
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya Group Berhad Tan Sri Vincent Tan hari ini bersetuju menyelesaikan tuntutan dua saman malu berasingan terhadap Star Papyrus Printing Sdn Bhd dan lima yang lain berjumlah RM450 juta di luar mahkamah.
Prosiding penyelesaian kes itu direkodkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus tanpa menyatakan jumlah gantirugi yang dipersetujui pihak-pihak terbabit.
Peguam S. Thisinayagam hadir bagi pihak Vincent manakala defendan-defendan diwakili peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah dan Yee Mei Ken.
Vincent memfailkan saman malu terhadap Star Papyrus Printing sebanyak RM200 juta manakala Profesor Jomo Kwame Sundram menghadapi saman malu RM250 juta daripada Vincent.
Menurut laporan Bernama, Jomo yang ketika itu Profesor Ekonomi di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya dinamakan sebagi defendan pertama dalam saman itu.
Selain itu, Vincent menamakan penerbit Asian Wall Street Journal (AWSJ), Dow Jones Publishing Company (Asia) Inc.; pengarang AWSJ, Reginald Chua; penerbit dan pengarang eksekutif AWSJ, Urban C Lehner dan Dow Jones & Company, Inc., penerbit lamanweb
http://nrstg1s.djnr.com/cgi-bin/DJInteractive-Page sebagai defendan.
'Tidak niat memfitnah'
Dalam prosiding hari ini, Thisinayagam memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya memfailkan saman disebabkan artikel yang diterbitkan oleh ASWJ pada 21 Dis 1998 bertajuk "Malaysia Props Up Crony Capitalists" yang ditulis oleh Jomo.
Beliau berkata, plaintif mempersoalkan mengenai ketepatan beberapa fakta dan komen di dalam artikel itu yang merujuk kepada beberapa projek yang dikendalikannya.
"Plaintif bersedia menunjukkan fakta-fakta yang tidak tepat itu sekiranya ia dikemukakan kepadanya sebelum artikel itu diterbitkan. Justeru, plaintif berasa bertanggungjawab untuk mengemukakan saman malu ini untuk menyatakan kebenaran," kata Thisinayagam.
Muhammad Shafee pula berkata, defendan mengaku kesilapan itu dan tidak berniat untuk memfitnah plaintif.
"Kami mahu menyatakan dengan jelas bahawa defendan tidak berhasrat untuk menuduh dalam artikel ini dan kami tidak percaya ia telah membuat tuduhan bahawa terdapat sesuatu yang luar daripada kebiasaan dan melanggar undang-undang dalam pemberian projek-projek kepada plaintif oleh kerajaan seperti yang dirujuk di dalam artikel ini," kata Muhammad Shafee.
Dalam saman malunya pada 30 Jan 1999, Vincent mendakwa kandungan artikel itu membawa maksud bahawa beliau diberi satu kontrak untuk membina monorel oleh Kerajaan Malaysia dan projek pembangunan Linear City hanya kerana beliau seorang kroni kerajaan.
Report this comment


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.