Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anifah gagal semak semula keputusan p’raya Kimanis

Usaha Anifah Aman untuk mencabar keputusan Mahkamah Persekutuan - yang membatalkan kemenangannya di Kimanis dalam pilihan raya umum lalu - gagal.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, diketuai oleh Mohd Zawawi Salleh, sebulat suara menolak permohonan semakan kehakiman bekas menteri luar itu.

Zawawi mengarahkan Anifah membayar kos RM100,000 kepada calon Warisan Karim Bujang serta RM50,000 masing-masing kepada pegawai pilihan raya Kimanis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Terdahulu, peguam Anifah, Tengku Fuad Tengku Ahmad, dalam penghujahannya, membangkitkan isu berat sebelah oleh panel empat orang hakim Mahkamah Persekutuan pada 2 Disember.

Panel itu telah menolak perhomohannya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya, menyebabkan pilihan raya kecil diadakan di kawasan itu.

Zawawi bagaimanapun berkata tiada berat sebelah dalam kes itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS