Jais perjelas Rakan Hospital' bukan untuk saingi agama lain
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menjelaskan hari ini bahawa penubuhan Rakan Masjid dan Rakan Hospital adalah bertujuan untuk memberi kaunseling kepada pesakit beragama Islam di hospital dan bukannya untuk bersing dengan pendakwa agama lain.

Sehubungan itu, Pegawai Perhubungan Awam Jais, Fakhrul Azam Yahya menjelaskan, Rakan Masjid dan Rakan Hospital ditubuhkan untuk memberi kaunseling kepada pesakit beragama Islam di hospital di seluruh Selangor.
"Kita tidak mempunyai kuasa untuk menyekat kumpulan agama lain daripada memainkan peranan mereka di negara ini" katanya bagi memperjelaskan laporan yang memetiknya dalam malaysiakini semalam berhubung perkara tersebut.
Semalam, malaysiakini memetiknya sebagai berkata, ada kumpulan pendakwah Kristian dan Buddha yang mendekati pesakit beragama Islam di hospital di Selangor.
Fakhrul Azam berkata, pihaknya kesal jika kenyataan mengenai Rakan Masjid dan Rakan Hospital itu diterjemahkan dalam bentuk lain sehingga menganggu sensitiviti penganut lain.