Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hari 7: DPP minta saksi jelaskan 'bahan bukti bahaya' dikatakan Ali Hamsa

LANGSUNG | Perbicaraan jenayah bekas perdana menteri Najib Razak dan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy yang melibatkan dakwaan mengubah laporan audit 1MDB memasuki hari ketujuh hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Malaysiakini membawakan anda laporan langsung prosiding.


2.06 petang - Prosiding ditangguhkan untuk hari ini dan, dan akan diteruskan pada pukul 2 petang petang.

Prosiding hanya akan diteruskan pada sebelah petang esok kerana peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah perlu menghadiri urusan mahkamah lain esok.


1.10 petang - Ketika mahkamah terus mendengar rakaman audio mesyuarat yang membincangkan laporan audit 1MDB pada Februari 2016, pihak pendakwaan bertanya kepada saksi Saadatul Nafisah berhubung rujukan tertentu yang dibuat oleh bekas ketua setiausaha negara, Ali Hamsa.

DPP Akram Gharib merujuk Saadatul Nafisah, kepada kenyataan Ali yang menyebut sesuatu sebagai "bahan bukti yang sangat berbahaya".

Saksi kemudian memberitahu mahkamah bahawa Ali merujuk kepada dua kenyataan akaun yang berbeza yang disediakan oleh 1MDB kepada Suruhanjaya Syarikat (SSM) dan Menteri Kewangan Diperbadankan.

DPP: Tan Sri Ali Hamsa berkata 'bukti material yang sangat berbahaya'. Apakah yang dirujuknya?

Saadatul: Kami mempunyai bukti dua akaun itu.

DPP: Dan itu bahan bukti berbahaya?

Saadatul: Ya. Dan kita boleh membuktikan terdapat 2 (penyata) akaun.


12.23 tengah hari - Prosiding diteruskan selepas rehat singkat.

DPP Gopal Sri Ram kemudian memohon Mahkamah Tinggi untuk memainkan semula rakaman audio berdurasi dua jam 45 minit yang dirakam pada 24 Feb 2016.

Gopal Sri Ram.

Rakaman audio itu adalah untuk membantu saksi ketujuh pendakwaan, Saadatul Nafisah, ketika pasukan pendakwaan bertanya lanjut dalam pemeriksaan utama.

Mesyuarat 24 Feb itu adalah mesyuarat yang memutuskan untuk meminda laporan audit 1MDB.


11.47 pagi - Saadatul Nafisah berkata beliau sangat kecewa dengan hasil mesyuarat 24 Feb 2016. Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh DPP Gopal Sri Ram.

"Saya berasa sangat kecewa, kami bekerja keras, kami diberi peluang membincangkan 1MDB (audit)," kata Saadatul Nafisah.

Beliau juga menyatakan kekecewaan kerana pasukan audit dan ketua audit negara ketika itu, Ambrin Buang, telah membangkitkan pelbagai isu lain dalam mesyuarat berkenaan.

Mesyuarat 24 Feb adalah di mana keputusan dibuat untuk meminda beberapa isu kontroversi dari laporan audit asal 1MDB.


11.45 pagi - Bekas ketua pasukan khas yang mengaudit 1MDB pada 2016, Saadatul Nafisah, memberi keterangan bahawa dia tidak tahu bahawa perakam suara telah diletakkan di dalam bekas penselnya sebelum mesyuarat yang membincangkan laporan audit 1MDB pada 24 Feb 2016.

Saadatul Nafisah, yang bersara dari Jabatan Audit Negara pada tahun itu, memberitahu mahkamah bahawa dia hanya tahu mengenai perakam suara berkenaan selepas mesyuarat berakhir apabila diberitahu oleh kakitangannya Nor Salwani Muhammad.


11.40 pagi - Saadatul Nafisah memberi keterangan bahawa laporan audit asal 1MDB akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parlimen pada 2016 jika mesyuarat pada 24 Feb tahun sama yang menyaksikan berlaku pindaan pada laporan itu tidak diadakan.

Saadatul, yang merupakan ketua pasukan khas yang ditugaskan untuk mengaudit 1MDB, berkata demikian dalam pemeriksaan utama DPP Gopal Sri Ram.

Ali Hamsa.

Untuk rekod itu, mahkamah dimaklumkan bahawa mesyuarat yang diadakan di pejabat Ali Hamsa, yang merupakan Ketua Setiausaha Negara ketika itu, dan dihadiri oleh antara lain, ketua audit negara ketika itu, Ambrin Buang, Arul Kanda, dan Saadatul, membincangkan penemuan Jabatan Audit Negara berhubung 1MDB dan membuat keputusan untuk pindaan dibuat.

Sri Ram: (Ini adalah dokumen) yang sedia untuk diserahkan kepada PAC?

*Sri Ram menunjukkan Saadatul laporan asal ditandai sebagai P81.

Saadatul: Sedia untuk dibentangkan kepada PAC, tapi tidak diserahkan.

Saksi yang pernah berkhidmat di jabatan itu sejak tahun 1979 sebelum bersara pada tahun 2016, mengatakan bahawa mesyuarat untuk meminda laporan audit yang disediakan oleh Jabatan Audit Negara tidak pernah terjadi sebelumnya sepanjang kerjayanya.


11.37 pagi - Saadatul Nafisah selesai membaca daripada kenyataan saksi beliau.

Saksi ketujuh pendakwaan itu dilihat menandatangani dokumen berkenaan sementara DPP Rozaliana Zakaria menjalankan pemeriksaan utama.


11.25 pagi - Pegawai bersara Jabatan Audit Negara Saadatul Nafisah Bashir Ahmad memberi keterangan bahawa beliau telah diberitahu oleh itu ketua setiausaha negara ketia itu, Ali Hamsa, agar tidak mencetak laporan audit 1MDB sehingga mendapat kelulusan Najib.

Semasa pemeriksaan utama oleh DPP Rozaliana Zakaria, saksi pendakwaan yang ketujuh mengatakan bahawa Ali Hamsa memberitahunya perkara itu pada 29 Feb 2016, sekitar jam 9.30 pagi.

Laporan audit akhir 1MDB dicetak pada Mac tahun itu.

Saadatul Nafisah mengatakan bahawa dia diberitahu perkara itu semasa dia menyerahkan draf laporan audit 1MDB kepada Ali di pejabatnya.

Ambrin Buang.

"Dia (Ali) memberitahu saya untuk tidak mencetak laporan audit akhir 1MDB sehingga mendapat perintah dan perjanjian dari Najib.

"Setakat yang saya ingat, Tan Sri Ali Hamsa memberitahu saya 'jangan cetak laporan itu sehingga dia (Najib) luluskan".

"Dia (Ali) berkata bahawa ia akan memberi impak politik kepada negara, saya kemudian memaklumkan Tan Sri Ambrin (Buang, Ketua Audit Negara) dan dia (Ambrin) mengambil perhatian mengenai perkara itu," kata Saadatul Nafisah kepada hakim Mohamed Zaini Mazlan.


11.10 pagi - Saksi pendakwaan ketujuh, Saadatul Nafisah Bashir Ahmad, yang merupakan pegawai bersara Jabatan Audit Negara, menyambung membaca dari Kenyataan Saksi bertulisnya semasa pemeriksaan utama oleh DPP Rozaliana Zakaria.


10.15 pagi - Mahkamah mendengar daripada pegawai bersara Jabatan Audit Negara, Saadatul Nafisah bahawa pada Februari 2016, dia menghantar satu salinan draf laporan audit 1MDB kepada Shukry Mohd Salleh, ketua setiausaha sulit kepada Najib yang merupakan perdana menteri ketika itu, di rumah Shukry di Putrajaya.

Menurut Saadatul, yang ketika itu merupakan ketua pasukan khas yang ditugaskan untuk menjalankan audit pada 1MDB, dia menghantar laporan itu kepada Shukry selepas diperintahkan untuk berbuat demikian oleh Ketua Audit Negara, Ambrin Buang.

"Oleh yang demikian, pada 20 Feb 2016 saya telah arahankan Puan Suraya Adnan untuk mencetak draf laporan audit akhir tersebut.

"Puan Suraya adalah pegawai yang bertanggungjawab menyimpan softcopy draf laporan akhir.

"Salinan dicetak kemudian dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeteraikan sebagai 'rahsia' (rahsia) olehnya.

"Tan Sri Ambrin kemudian memberikan nombor Tan Sri Shukry, dan saya menghantar mesej Whatsapp kepada Shukry di mana saya memberitahunya bahawa saya mendapat perintah untuk memberikan draf akhir laporan itu.

"Dia (Shukry) kemudian memerintahkan saya untuk menghantarnya ke rumahnya, dan dia memberikan saya alamat rumahnya di Precint 10, Putrajaya.

"Kira-kira pukul 10 pagi pada hari yang sama saya pergi ke rumah dan menyerahkan salinan itu di pintu rumahnya," katanya


9.46 pagi: Saksi ketujuh, pegawai bersara Jabatan Audit Negara Saadatul Nafisah Bashir Ahmad mengambil tempat di kandang saksi

Mahkamah sebelum ini mendengar bahawa pegawai pegawai Jabatan Audit Negara Nor Salwani Muhammad telah menyelit perakam suara ke dalam kotak pensel Saadatul Nafisah semasa mesyuarat penting pada 24 Feb 2016.

Semasa mesyuarat itu, keputusan dibuat untuk mengeluarkan bahagian kontroversi laporan audit akhir 1MDB.


9.44 pagi - Bekas perdana menteri Najib Razak dan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy masuk kandang saksi. Prosiding bermula.


9.34 pagi - Bekas perdana menteri Najib Razak melangkah masuk ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan mengambil tempat duduk di barisan depan galeri awam.

Juga dilihat menunggu prosiding bermula ialah peguam bela utamanya, Muhammad Shafee Abdullah dan anggota pasukan pembelaan lain.


9.25 pagi - Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dilihat berunding dengan peguam bela utamanya, N Sivananthan sambil menunggu prosiding bermula.

Juga dilihat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur adalah ketua pendakwaan DPP Gopal Sri Ram.

Lihat Komen
ADS