Malaysiakini
BERITA

Adun Dengkil nafi ditangkap, positif dadah

Faisal Asyraf & Hariz Mohd

Diterbitkan
Dikemaskini 13 Jan 2020, 7:38 pagi

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) menafikan dakwaan tular bahawa beliau ditangkap dan disahkan positif dadah dalam serbuan di Damansara, pagi ini.

Adhif Syan Abdullah sebaliknya berkata beliau berada di rumahnya di Pulau Meranti, Puchong, sejak malam semalam.

Mesej tular itu mendakwa Adhif Syan ditangkap bersama 10 lagi pegawai kerajaan pada jam 1.30 pagi tadi.

Beliau juga mendakwa mengadakan pertemuan dengan anggota parti di Dengkil, Selangor, sebelum pulang ke rumah.

Adun Dengkil Adhif Syan Abdullah menafikan isu kontroversi di media sosial yang mendakwa beliau ditangkap dan diuji positif dadah di sebuah kelab malam sekitar Damansara awal pagi tadi.

Sebaliknya, Adif Syan mendakwa bahawa beliau di rumahnya di Pulau Meranti, Puchong, semalam.

“Saya elok saja di rumah. Masa, tarikh, lokasi, (dakwaan ditangkap) entah manalah mereka kutip,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.


Pengerusi Bersatu Selangor sahkan Adun ditangkap


Isu kontroversi yang tular di media sosial itu mendakwa Adhif Syan ditangkap dengan 10 pegawai kementerian lain yang tidak dikenali pada jam 1.30 pagi tadi.

Ketua Pemuda Selangor Bersatu juga mendakwa bahawa dia mengadakan pertemuan dengan anggota parti di Dengkil sebelum pulang ke rumah malam tadi.

“Saya tengah berehat….seminggu ini tak sihat,” katanya dalam menjawab kenyataan yang di Facebook.

Beliau juga menyifatkan dakwaan itu merupakan cubaan "sabotaj" menjelang pilihan raya parti Bersatu tahun ini.

"Saya akan buat laporan polis tidak lama lagi," katanya.

Malaysiakini difahamkan bahawa pihak polis - pada masa dan tempat berbeza - menyerbu sebuah kelab hiburan - di mana Adun tersebut didakwa ditahan atas kesalahan berkaitan dadah.

Sumber dari Bersatu juga menjelaskan bahawa beliau dimaklumkan mengenai serbuan dan penangkapan itu, dan difahamkan Adhif Syan telah dibebaskan dari reman.

Malaysiakini sedang berusaha untuk mengesahkan lebih banyak maklumat berkenaan serbuan itu,

Ketika dihubungi, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Mohd Khalil Kader Mohd berkata, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador dijangka akan memberi penjelasan lanjut pada sidang media petang ini.

[Baca berita asal]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Iklan