Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan buat kajian pelaksanaan, bukan semak semula dasar kasut hitam

Kerajaan bukan mengkaji kemungkinan membatalkan dasar pemakaian kasut hitam di sekolah, tetapi hanya melakukan kajian pelaksanaan berhubung perkara itu.

Salah faham timbul di media sosial apabila laman Facebook "Friends of Maszlee Malik" memuat naik pekeliling Kementerian Pendidikan dan mendakwa dasar itu dikaji semula.

Hantaran itu telah dipadam tetapi dakwaan itu dipetik beberapa media.

Ketika dihubungi, seorang jurucakap Kementerian Pendidikan berkata kerajaan melaksanakan kajian pelaksanaan dan bukan mengkaji semula dasar itu.

"Bukan kajian semula, hanya tinjauan untuk melihat maklum balas sekolah dan murid sejak pemakaian kasut hitam dilaksanakan.

"Kementerian Pendidikan ingin mendapatkan dapatan data pelaksanaan pemakaian kasut hitam di peringkat sekolah.

"Pihak sekolah perlu mengisi kajian pelaksanaan ini sebelum atau pada 31 Januari 2020," katanya kepada Malaysiakini.

Pekeliling bertarikh 14 Januari 2020 (semalam) itu ditujukan kepada semua pengarah pendidikan Jabatan Pendidikan negeri, dan meminta sekolah mengisi tinjauan.

Selain aspek teknikal sekolah, tinjauan itu hanya mengemukakan tiga soalan, iaitu jumlah keseluruhan pelajar, jumlah pelajar yang memakai kasut hitam dan jumlah pelajar yang memakai kasut putih.

Lihat Komen
ADS