Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sebuah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bersetuju bahawa ia terikat dengan keputusan mahkamah tinggi lain berhubung hak seseorang yang dituduh terlibat dengan keganasan untuk dipertimbangkan rayuannya mendapatkan ikat jamin.

Hakim Ahmad Shahrir Mohd Salleh membuat keputusan itu semasa perbicaraan bagi mendengar permohonan Adun Gadek, G Saminathan, yang kini ditahan pihak berkuasa berhubung kes berkaitan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Pada Nov tahun lalu hakim mahkamah tinggi lain, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, memutuskan bahawa Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 - atau dikenali juga sebagai Sosma - tidak sah, antara lain kerana ia tidak boleh membatalkan kuasa mahkamah membenarkan ikat jamin.

Saminathan adalah seorang daripada 12 individu yang ditahan berhubung dakwaan terlibat dengan kegiatan LTTE yang disenaraikan Malaysia sebagai pertubuhan pengganas.

[Baca berita lanjut]

Lihat Komen
ADS