Abang Johari mahu rakyat Sarawak tolak PKR
Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Abang Johari Tun Abang Openg mahu pengundi Sarawak menolak Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada bertapak di negeri itu kerana parti tersebut tidak diterima di Semenanjung.

PKR telah ditolak di Semenanjung, kecuali menang satu kerusi parlimen sahaja, katanya ketika merasmikan Tabika Kemas di Kampung Bintangor, di Kuching semalam.
Oleh itu, katanya pengundi di Sarawak perlu berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan janji manis PKR yang sedang berusaha untuk bertapak di negeri ini sedangkan mereka gagal di Semenanjung.
Abang Johari, yang akan mempertahankan kerusi Satok pada pilihan raya negeri 20 Mei ini, berkata PKR cuba meraih undi dengan memecah-belahkan rakyat.
"Pengundi perlu menghantar isyarat bahawa orang Melayu di Bandaraya Kuching tidak boleh dipecahkan," katanya.
Menurut laporan Bernama, Abang Johari akan ditentang Mohamad Jolhi daripada PKR.
Abang Johari, yang juga Menteri Perumahan Sarawak, meminta pengundi supaya tidak mengambil sikap mudah terhadap kekuatan BN dan menganggap BN sudah kuat di Satok sehingga mereka tidak perlu mengundi.
Keadaan seperti ini boleh menyebabkan kekalahan BN, katanya.