Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Isteri bekas perdana menteri Najib Razak, Rosmah Mansor dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur semalam bagi menerima rawatan, kata peguamnya.

Peguam Rosmah, Akberdin Abdul Kadir mengesahkan laporan kemasukan Rosmah ke hospital berkenaan ketika dihubungi.

Akberdin merupakan peguam yang mewakili Rosmah dalam perbicaraan kes rasuah yang dihadapi isteri kepada bekas perdana menteri itu.

“Ya betul,” kata Akberdin memberitahu Malaysiakini dalam satu kiriman mesej pagi tadi.

“Ya, tertakluk kepada nasihat doktor,” tambah beliau ketika ditanya sama ada Rosmah akan menerima rawatan untuk beberapa hari lagi.

Akberdin juga mengesahkan bahawa Najib berada di sisi Rosmah di hospital semalam.

Rosmah gagal hadir pada hari pertama perbicaraan kes rasuah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam dan peguam beliau menyerahkan salinan laporan kesihatan bertarikh 2 Februari.

Lihat Komen
ADS