Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Aplikasi 'ACTnow' salurkan aduan anda ke PBT terdekat
Diterbitkan:  Feb 7, 2020 2:54 PM
Dikemaskini: 6:54 AM

Mahu memastikan isu komuniti anda didengar?

“ACTNow” yang baru dilancarkan adalah aplikasi telefon pertama di Malaysia yang menghubungkan komuniti setempat dengan 155 pihak berkuasa tempatan di seluruh negara.

Ia berfungsi sebagai platform untuk komuniti melaporkan sebarang isu kepada pihak berkuasa tempatan ia direkodkan secara automatik - iaitu pengguna tidak perlu tahu lokasi mereka secara khusus ketika membuat aduan.

"ACTnow akan menghantar aduan anda kepada pihak berkuasa tempatan yang terdekat.

"Ini akan memberdaya rakyat agar laporan mereka boleh dibangktikan kepada pihak berkuasa tempatan," kata pencipta aplikasi itu, Melvin Lam kepada Malaysiakini.

Lam berkata, isu hangat yang ingin dibangkitkan, seperti perniagaan haram, pembuangan sampah, kereta dan rumah terbuar, gegantung haram, poster ah long, jalan berlubang dan mereka yang merokok di restoran.

Melvin Lam

“Sebagai contoh, jika seseorang itu di taman permainan di Nilai, dan itu bukan tempat biasanya. Tetapi dia ambil gambar satu permainan yang dia rasa berbahaya bagi budak kecil.

"Bila dia hantar aduan tersebut, isu itu akan dilihat dengan segera," katanya.

Apa yang pengguna perlu lakukan adalah memuat naik aplikasi tersebut, tangkap gambar atau rakam video video, taipkan aduan yang ingin dihantar kepada pihak berkuasa.

“Semua aduan dihantar menerusi pejabat ActNow dan bukan pengadu - jadi ia akan dianggap sebagai aduan yang sah,” katanya lagi.

Untuk mengelakkan aduan palsu, ActNow hanya menerima aduan yang dibuat dalam "waktu sebenar" (real-time) yang diiringi dengan gambar dan video asal.

“Kami tidak mahu sebarkan berita palsu. Kami ada sistem semakan di pejabat jadi aduan adalah tulen dan relevan untuk diberikan kepada pihak berkuasa.

“Misalnya ada orang mengadu tentang gelendangan yang perlu dibantu. Ini tidak relevan bagi MPSJ (Majlis Perbandaran Subang Jaya) tetapi kita akan menghubungi Adun Subang Jaya Michelle Ng yang mempunyai hubungan dengan jabatan kebajikan yang boleh membantu," katanya.

Lam, CS Goh dan Nick Neng mengambil masa lebih kurang setahun untuk membina aplikasi ACTnow dengan menggunakan dana sendiri.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS