Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Jumlah kematian di wilayah Hubei, China akibat wabak koronavirus Covid-19 meningkat sebanyak 242 kepada 1,310 pada Rabu, kata suruhanjaya kesihatan wilayah itu di laman webnya pada hari Khamis.

Sebanyak 14,840 kes baru telah dikesan di Hubei, pusat wabak itu tercetus, menjadikan jumlah kes di wilayah itu kepada 48,206.

Suruhanjaya itu berkata bahawa pihaknya telah memulakan diagnosis melalui kaedah klinikal baru bermula Khamis.

Kaedah-kaedah baru ini telah menyumbang kepada kenaikan sepuluh kali ganda kes kerana hari sebelumnya sebanyak 1,638 kes baru yang disahkan.

Jumlah kematian pada hari Khamis adalah yang terbesar sejak virus berbahaya itu bermula dan menjadikan angka kematian global kepada 1,363 kesemuanya tetapi dua daripadanya telah berlaku di tanah besar China.

Seramai 5,680 pesakit disenaraikan sebagai telah pulih dari penyakit ini.

Terdapat 18 kes yang dilaporkan di Malaysia, tiga daripadanya telah pulih. Majoriti kes melibatkan rakyat China.

Keputusan Cina menguji kombinasi ubat antiviral yang digunakan untuk mengubati HIV terhadap koronavirus akan berlaku dalam beberapa minggu lagi, tetapi pakar mengatakan vaksinnya masih mengambil masa berbulan-bulan.

Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus mengingatkan adanya kelembapan yang jelas dalam penyebaran epidemi itu harus dilihat dengan berhati-hati.

"Wabak ini masih boleh pergi ke mana-mana arah," katanya pada taklimat di Geneva.

Tedros Adhanom Ghebreyesus

Seorang pakar lain mengatakan bahawa walaupun koronavirus mungkin memuncak di China, ini tidak berlaku di tempat lain.

"Ia telah merebak ke tempat-tempat lain di mana ia adalah permulaan wabak itu," kata Dale Fisher Ketua Rangkaian Global Outbreak Alert and Response Network yang diselaraskan WHO dalam temu bual di Singapura. "Di Singapura, kita berada di peringkat awal," katanya lagi.

Beratus-ratus jangkitan telah dilaporkan di lebih daripada dua belas negara dan wilayah lain, bagaimanapun hanya dua orang meninggal dunia akibat virus itu di luar tanah besar China - satu di Hong Kong dan satu lagi di Filipina.

Ketua program kecemasan WHO, Dr Mike Ryan, mengatakan terlalu awal "untuk meramalkan permulaan, tengah atau akhir wabak".

Kelompok terbesar kes di luar China membabitkan sebuah kapal pesiar yang dikuarantin di pelabuhan Jepun Yokohama, dengan 175 daripada kira-kira 3,700 orang di atas kapal yang sedang menjalani ujian, positif.

Pengendali kapal, Carnival Corp, adalah antara syarikat asing yang terkesan dengan penularan wabak itu, begitu juga banyak penerbangan yang digantung dan perniagaan terganggu.

Planemaker Boeing berkata syarikat penerbangan mengalami kerugian kerana krisis itu telah mengurangkan permintaan penumpang dan memanjangkan kelemahan dalam pengangkutan udara yang sensitif terhadap ekonomi.

Terdapat sebuah kapal pesiar yang lain, iaitu MS Westerdam, antara Thailand, Jepun, Taiwan, Guam dan Filipina enggan mendedahkan kebimbangan mengenai salah seorang daripada 1,455 penumpangnya dan 802 anak kapal mungkin terkena jangkitan virus itu.

Kemboja bersetuju untuk membenarkan kepada itu berlabuh, menurut Holland America Line.

"Ini adalah satu contoh perpaduan antarabangsa kami yang konsisten," kata ketua WHO, Tedros.

Wabak itu disyaki berasal dari ibu kota wilayah Wuhan di Hubei pada bulan Disember.

Acara besar terkini yang akan dibatalkan, berpindah atau ditangguhkan ialah Grand Prix Formula 1 China, yang pada asalnya ditetapkan untuk berlangsung Shanghai pada 19 April.

- Reuters

Lihat Komen
ADS